Warganet Teruja Syed Saddiq Buat TikTok Dengan Si Bulus

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan bermula, rata-rata warganet mula membiasakan diri dengan aplikasi terkenal TikTok yang menyediakan pelbagai isi kandungan video yang menarik buat tontonan umum.

Malah, ia juga menjadi pilihan buat semua pengguna tidak kira umur untuk menghilangkan rasa bosan tatkala berkurung di rumah.

Semalam, kecoh di Twitter apabila bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq didapati membuka akaun TikTok beliau yang baharu.

Video pertamanya pula telah dimuat naik dan menerima lebih daripada 600 ribu penonton. Malah, baru sahaja akaunnya itu dibuka, beliau telah mempunyai sebanyak 18 ribu pengikut.

Warganet kelihatan terhibur melihat video Ahli Parlimen Muar itu bersama kucingnya Toby sedang bersenam.

Ini antara reaksi-reaksi mencuit hati daripada warganet:

Syed Saddiq seringkali dilihat berkongsi gambar-gambar kucing peliharaannya di media sosial. Ia telah membuatkan ramai warganet menjadi peminat haiwan tersebut. Malah, beliau juga dilihat sebagai seorang yang sukakan kucing.

View this post on Instagram

Selamat berbuka puasa kepada semua❤️

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq) on

View this post on Instagram

Reunited & it feels so good!❤️

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq) on

View this post on Instagram

*Caption this* ❤️

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq) on

Selepas ini pasti warganet dapat melihat aksi-aksi comel si bulus itu dengan lebih banyak lagi.

Di kesempatan ini, rakyat Malaysia dinasihati untuk terus kekal mengamalkan penjarakan sosial sepanjang berada di luar. Selain itu, kesihatan dan keselamatan diri juga perlu dijaga sepanjang masa.

Untuk membaca artikel lain berkaitan Syed Saddiq, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca