Warganet Teruja Dengan Kolaborasi Selena Gomez Dan BlackPink

Selepas syarikat rakaman YG Entertainment mengumumkan BlackPink bakal membuat kolaborasi bersama seorang penyanyi misteri, ramai peminat mula membuat andaian sendiri mengenai identiti selebriti berkenaan.

Antara nama yang disebut-sebut peminat sebagai penyanyi yang berkemungkinan menjadi rakan duet BlackPink adalah penyanyi terkenal Ariana Grande dan Selena Gomez.

Sumber: Twitter @selenagomez

Walau bagaimanapun, semua persoalan terjawab apabila penyanyi ‘Lose You to Love Me’ ini membuat pengumuman menerusi satu ciapan di laman Twitter bahawa dia akan melancarkan sebuah lagu bersama kumpulan sensasi K-Pop berkenaan yang dianggotai oleh Jisoo, Jennie, Rose dan Lisa.

Sumber: Twitter @BLACKPINK

Selena berkata menerusi satu ciapan di laman Twitter, “Saya sangat teruja untuk mengumumkan kami mempunyai lagu baharu yang bakal temui peminat pada 28 Ogos ini.”

Dalam pada itu, BlackPink turut mengesahkan berita baik berkenaan dengan memuat naik satu ciapan di laman Twitter.

Sementara itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet teruja dengan berita ini sehingga tanda pagar #SELPINK menjadi tular di laman Twitter:

Tajuk lagu itu masih belum diketahui tetapi ia bakal dilancarkan pada 28 Ogos ini. Selain daripada Selena Gomez, BlackPink juga pernah berkolaborasi bersama penyanyi-penyanyi antarabangsa lain seperti Dua Lipa menerusi lagu ‘Kiss and Make Up’ dan ‘Sour Candy’ bersama Lady Gaga.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan BlackPink, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca