Warganet Tersentuh Khairy Jamaluddin Sambut Hari Jadi Anak Di Sebalik Cermin Tingkap

Ketika ini, bukan sahaja petugas kesihatan yang sedang sibuk bertungkus-lumus mengawal COVID-19 dari terus merebak, bahkan barisan menteri turut sama mengedalikan isu yang sedang melanda dunia ini.

Demikian juga dengan tuntutan tanggungjawab yang harus digalas oleh barisan menteri. Dalam satu perkongsian, Menteri Sains, Inovasi dan Teknologi yang baru dilantik iaitu YB Khairy Jamaluddin yang juga dikenali sebagai Abah dalam kalangan pengikutnya telah memuat naik gambar bersama anaknya.

Beliau berkongsi satu momen di mana dirinya terpaksa menyambut hari lahir anaknya di sebalik cermin bagi mengelakkan sebarang jangkitan.

Beliau yang perlu bertugas diluar tidak terus meluru ke arah anaknya dan hanya berada di sebalik kaca sambil tersenyum memandang puteranya yang genap berusia 5 tahun hari ini.

Dalam kapsyen yang disertakan bersama gambar tersebut, beliau memberitahu bahawa dirinya berasa agak sedih kerana tidak dapat memeluk dan mencium anaknya. Sebaliknya masing-masing hanya mampu memandang antara satu sama lain di sebalik tingkap kerana beliau baru pulang dari kerja di luar yang terdedah dengan wabak COVID-19.

Melalui perkongsian itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen di ruangan Instagram KJ dengan mengucapkan selamat hari lahir buat anaknya.

Mereka juga sempat mendoakan kesejahteraan Malaysia agar segala wabak yang melanda dunia akan berkurangan dan mengharapkan semangat bekerja barisan hadapan terus kuat bagi mengekang wabak ancaman dunia ini.

Untuk membaca artikel lain yang berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca