Warganet Terkejut Lihat YouTuber Ini Makan Nasi Goreng Durian Dan Sambal Belacan

Durian ini bukan sahaja boleh dimakan dengan sendirinya tetapi ia boleh dinikmati dalam pelbagai cara. Salah satu hidangan yang selalu menjadi kegemaran ramai ialah tempoyak, pengat dan cendol. Walau bagaimanapun, ada juga yang tampil dengan idea luar biasa iaitu nasi goreng durian.

Seorang YouTuber dari Kanada iaitu Trevor James atau lebih dikenali sebagai The Food Ranger ini berkongsi sebuah menu istimewa yang ditemui olehnya di Pulau Pinang menerusi laman Instagram dan Facebook.

Trevor James

Trevor berkongsi video kunjungannya ke restoran berkenaan dan menikmati hidangan tersebut bersama sambal belacan yang turut diperah bersama hirisan limau.

Selain dimasak bersama nasi, lebihan isi durian ini turut digunakan sebagai hiasan di atas makanan berkenaan untuk dinikmati bersama.

James menunjukkan reaksi positif dan wajah teruja selepas mencuba nasi goreng berkenaan. “Saya memakai pelitup muka tetapi saya masih dapat menghidu makanan berkenaan. Saya rasa ia terperangkap dalam pelitup muka. Ramai orang menyangka bahawa sambal itu tidak sesuai bersama kemanisan isi durian tetapi ia sepadan,” jelasnya.

Sementara itu, rata-rata warganet meluahkan rasa terkejut melihat reaksi positif lelaki berkenaan terhadap hidangan unik itu:

Adakah anda akan cuba makan nasi goreng durian dan sambal belacan ini selepas menonton video berkenaan?

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan makanan unik, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca