Warganet Tak Sabar Nak Melancong, Langkawi Terima 1,000 Tempahan Hotel

Sektor perhotelan di Langkawi menerima 1,000 tempahan daripada pelancong domestik sebaik sahaja aktiviti untuk merentas negeri dan melancong dibenarkan kerajaan bermula 10 Jun ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA), Zainudin Kadir, setelah berbulan mengalami kemerosotan, beliau merasakan perkembangan tersebut sebagai permulaan yang positif bagi industri pelancongan untuk bangkit semula.

“Untuk makluman juga, pada jam 4 petang sehingga 4:45 petang tadi kita telah menerima 1,000 tempahan dalam masa sejam.

Ini adalah rekod, semua hotel-hotel kita telah menerima 1,000 tempahan daripada semua pelancong domestik yang hendak ke Langkawi,” ujarnya, semalam.

Beliau menyasarkan satu juta pelancong domestik masuk ke Langkawi bermula 10 Jun sehingga 31 Disember.

Namun begitu, beberapa perkara perlu diperjelaskan lebih lanjut khususnya mengenai penggunaan fasiliti di hotel.

“Bermula 10 Jun sehingga 31 Disember kita akan sasarkan satu juta pelancong domestik ke Langkawi.

Tetapi, kita ada sedikit kemusykilan, kita patut jawab tentang fasiliti-fasiliti yang boleh gunakan di hotel seperti kolam renang.

Orang bercuti bawa anak, bawa keluarga, sudah tentu kita nak gunakan kolam renang tapi dalam pegumuman PM tadi tidak secara terperinci. Saya akan berjumpa dengan Menteri Pelancongan sendiri untuk mendapat garis panduan yang ditetapkan,” katanya lagi.

Pusat peranginan seperti Kabel Langkawi, Taman Tema Langkawi masih belum dibuka kepada umum.

Semalam, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pengumuman khas telah memaklumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan berakhir pada 9 Jun dan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dari 10 Jun sehingga 30 Ogos 2020.

Selain daripada pelancongan domestik, rakyat kini dibenarkan untuk merentas negeri dan operasi premis juga dibenarkan untuk beroperasi seperti biasa.

Untuk membaca artikel lain berkaitan PKPP, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca