Warganet Persoal Aeril Zafrel Biarkan Isteri Keluar Beli Barang Keperluan

Seperti yang dimaklumkan oleh Datuk Seri Fadillah Yusof, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan hanya seorang wakil atau ketua keluarga yang dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan dan ubat-ubatan.

Sekiranya terpaksa keluar, seseorang itu perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu mencuci tangan dan mengikut penjarakan sosial iaitu social distancing.

Semalam, pelakon Wawa Zainal telah memuat naik foto dirinya di laman Instagram dengan memakai topeng muka ketika hendak keluar membeli barang dapur. Bagi melindungi dirinya, dia juga memakai baju hujan dan Wawa juga mengakui dia seolah-olah hendak pergi berperang.

Walau bagaimanpun, warganet mempersoalkan mengapa bukan suaminya, Aeril Zafrel yang keluar membeli barangan keperluan tersebut selaku ketua rumah.

Enggan orang ramai salah faham, Wawa tampil membalas komen warganet dan turut menjelaskan keadaan sebenar. Menurut Wawa, jika Aeril yang pergi, dia bimbang suaminya itu terpaksa duduk lama di pasaraya untuk mencari barang yang perlu dibeli.

Untuk membaca artikel lain yang berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca