Warganet Meluat Baca Luahan Putus Cinta, Janna Nick Tampil Mohon Maaf

Aktres Janna Nick tampil meminta maaf kepada mana-mana pihak yang meluat atau tidak selesa membaca perkongsiannya yang dimuat naik di media sosial.

Menerusi hantaran di laman Instagram, Janna memuat naik tangkap layar mesej daripada seorang individu yang meminta dia berhenti bercakap tentang hubungannya dengan pelakon Dini Schatzmann yang dikhabarkan sudah berakhir.

Sumber: Instagram @dinischatzmann

“Kamu sangat annoying. Dah putus itu sudahlah. Tak payahlah nak post macam-macam.

Quotes lah. Gambar lah. Ia membuatkan diri kamu nampak sangat teruk.

Tolonglah hormat bekas teman lelaki dan hubungan kamu.

Terdapat kenangan yang baik juga. Berhenti fokus kepada yang buruk,” tulis individu itu.

Susulan daripada nasihat tersebut, pemilik nama Nurul Jannah Muner itu kemudiannya membuat permohonan maaf sekiranya hantaran-hantaran yang dimuat naik di media sosial menyakitkan mata dan hati sesetengah individu di luar sana.

Janna mengaku dia belum cukup matang dan kuat untuk berhadapan situasi seperti itu.

“Saya sedar saya tak cukup matang dan kuat untuk handle situasi macam ini.

Saya betul-betul minta maaf tetapi saya janji saya akan kembali dengan lebih kuat.

Hanya masa yang akan menyembuhkan segala-galanya,” tulisnya.

Dalam pada itu, pelakon Bukan Cinta Aku berkenaan turut memuat naik rakaman suara nyanyian dan lirik menyayat hati yang menggambarkan perasaannya sekarang.

“Terima kasih mentari setia pernah membelai hati yang dahaga.

Pernah mendakap jasad yang meronta. Sedarlah aku sayang tidak selamanya berpanjangan.

Sayangnya penghuni jiwa tidak lagi pulang,” tulisnya.

Sumber: Instagram @dinischatzmann

Janna menimbulkan spekulasi dalam kalangan peminat apabila memuat naik hantaran yang memberi gambaran hubungan cinta yang dijalin dengan Dini sudah berakhir.

Apa pendapat anda tentang mesej individu itu?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca