Sewaktu dunia masih lagi mengalami risiko COVID-19 yang tidak mempunyai vaksin ini, ada sahaja peniaga yang cuba untuk mengaut untung dengan menjual barang yang tidak sepatutnya dengan alasan mampu merawat sesuatu.
Meskipun kerajaan berulang kali menasihati orang ramai supaya tidak melakukan aktiviti tersebut dan jangan percaya dengan barang tersebut. Masih ada lagi yang bersikap degil.
Semalam, satu video telah tular melalui ciapan daripada seorang warganet. Video tersebut menunjukkan seorang wanita sedang menjual gelang yang didakwa mampu mencegah COVID-19.
“Hanya pakai sahaja, ia mampu mencegah COVID-19,” ujar wanita itu di dalam video.
Dekat FB ada mak cik jual gelang untuk protection dari Corona Virus. Steady mak cik ni! 😂 pic.twitter.com/Ovt5cFbuJm
— ottel (@ottel) May 14, 2020
Video ini mendapat reaksi negatif dalam kalangan warganet yang rata-rata mengecam tindakan wanita tersebut dalam cubaan memperdaya masyarakat.
Mak cik pakai dulu, kena ada proof mak cik hidup lepas dah bergaul dengan orang yang ada Covid 19. Kalau mak cik sihat je, saya beli semua gelang mak cik. Saya promote dekat Donald Trump, jual USD1k satu gelang. Tapi make sure mak cik ada bukti tak kena jangkitan la.
— Arepuddin Yahya (@arev1124) May 15, 2020
harga dia
— Mummy Elle saya bukan influencer dan twitfamous♥️ (@phoenixterbang) May 14, 2020
😔 pic.twitter.com/b4fqAccGjE
Doctors,Nurses and anyone who fight against COVID-19 : pic.twitter.com/189RaG8xAF
— كىمى (@AffiqKimiLer) May 15, 2020
Tak mintak banyak…nak next video makcik ni pi wad yg penuh geng2 positif covid ja..
— Z (@ZJeremyzucker) May 14, 2020
Harrey keja nak nipu org ja peniaga2 macam ni pastu harga lebih terok dari Zionis kafiiiirun🙄
Benda ni lah ramai yg percaya 🤣 bila agent takaful kata medical card tu cover kos perubatan satu batang hidung pun xnampak 🤣 bila bgtau hibah tu bantu keluarga, ramai jugak ambil pilihan xnak dengar 😆 sabor je lah ye dak?
— Adly GET ✨ (@adlyget) May 14, 2020
Mr. Coronavirus after seeing this video : pic.twitter.com/03ZzdGB82A
— کييو (@Hazqiio) May 14, 2020
Ada juga warganet yang berkongsi sebenarnya syarikat gelang tersebut tidak pun mendakwa gelang itu boleh merawat COVID-19.
Confident je Akak ni promote. Padahal company dia pun dah letak disclaimer. Adoiii. 😌 pic.twitter.com/J11vUImvZ1
— Mid (@midshafwan) May 15, 2020
Apa-apa pun, rakyat dinasihati untuk tidak mudah percaya kepada perkara-perkara seperti ini dan jika sakit terus hadirkan diri ke hospital untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya.
Untuk artikel lain yang berkaitan dengan kes penipuan, anda boleh klik pada pautan di bawah: