Warganet Indonesia Dakwa Temui Kubur Upin Dan Ipin, Ini Respons Pengasas Les’ Copaque

Baru-baru ini, sebuah video berjaya mencuri perhatian orang ramai di media sosial apabila ia memaparkan kubur bernama Upin dan Ipin.

Ini kerana ada yang mendakwa watak Upin dan Ipin berdasarkan orang sebenar yang telah meninggal dunia. Ada juga teori yang mendakwa Upin dan Ipin tidak dewasa kerana sudah meninggal dunia dan mereka berdua hanyalah khayalan Opah sahaja.

Pemilik video tular itu juga berkata bahawa dia mendapatkan video perkuburan itu daripada kawannya di Malaysia. Video itu menjadi bualan ramai di Indonesia dan Malaysia lalu mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan warganet.

Menerusi sebuah hantaran di laman Facebook, Pengarah Urusan Lesโ€™ Copaque Production Sdn Bhd iaitu Haji Burhanuddin Md Radzi akui terkejut selepas membaca berita Upin dan Ipin sudah meninggal dunia akibat kemalangan.

Burhanuddin tampil menafikan dakwaan orang ramai dengan berkata beliau sendiri yang menghantar Upin dan Ipin ke sekolah pagi tadi. Beliau turut berkata peminat siri animasi itu tidak perlu bimbang kerana Upin dan Ipin sihat serta akan kembali bersama rakan-rakan dalam musim baharu.ย 

Pengasas Les’ Copaque Production itu berkata musim baharu ini akan lebih menarik dan beliau turut berterima kasih kepada para peminat Upin & Ipin atas keprihatinan mereka.

Bukan itu sahaja, pihak Les’ Copaque telah memuat naik satu bebenang di laman Twitter rasmi di mana mereka menjelaskan semua cerita Upin & Ipin adalah rekaan semata-mata dan ditulis sepenuhnya oleh Les’ Copaque Production (LCP).

“Semua cerita Upin & Ipin tidak diambil atau diinspirasi daripada kisah sesiapa yang masih hidup mahupun yang telah tiada. Idea asal cerita Upin & Ipin adalah daripada Hajah Ainon yang juga merupakan pelantun suara watak Opah.

Setiap cerita yang ditulis bukan sahaja mudah difahami tetapi juga sarat dengan mesej bermanfaat. Pengarah Urusan LCP iaitu Haji Burhanuddin yang merupakan pelakon suara Tok Dalang turut berkongsi pengalaman beliau dibesarkan di kampung di dalam siri Upin & Ipin,” ujarnya.

Sumber: Twitter Les’ Copaque

Untuk menjawab persoalan orang ramai kenapa Upin dan Ipin tiada ibu dan bapa dalam siri animasi tersebut, Les’ Copaque menjelaskan Upin & Ipin Musim 1 merupakan projek sampingan sahaja ketika ia disiarkan di TV9.

“Oleh sebab kesuntukan masa dan kekurangan tenaga kerja, tiada watak baharu dihasilkan dan LCP memilih untuk menjadikan Upin dan Ipin anak yatim piatu.

Begitu juga ketika Upin & Ipin Musim 1 dihasilkan, pihak LCP terpaksa memendekkan kos dan mempercepatkan proses pembuatan. Nak buat rambut (hair simulation) ketika itu terlalu memakan masa jadi Upin dan Ipin direka botak tetapi Upin ada sehelai rambut,” tambahnya.

Sumber: Twitter Les’ Copaque

Apa pendapat anda?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca