“Warganet Guris Hati Kami”, Ini Luahan Ibu Remaja Yang Maut Dalam Tragedi Basikal Lajak

“Budak-budak itu sudah ‘bayar’ kesalahan dengan nyawa. Kenapa masih lagi warganet menghukum kami?” kata Nur Cahaya Amrul berusia 39 tahun.

Dia ibu kepada Allahyarham Fauzan Halmijah, salah seorang daripada lapan remaja maut dalam kemalangan di
Jalan Lingkaran Dalam di Johor Bahru, pada 18 Februari 2017.

Beliau berkata, biarpun dia dan suaminya Halmijah Selamat, 49, terima keputusan daripada mahkamah, namun naluri seorang ibu terguris dengan komen negatif yang dilemparkan oleh warganet.

“Hati mana tak terguris, melihat semua komen warganet yang dikongsikan di Facebook (FB) yang memburukkan orang tua (keluarga mangsa kemalangan maut).”

Cahaya berkata, bahawa sejak kes berlaku ramai warganet yang menyalahkan orang tua dan kesan emosi tidak sehebat dahulu oleh kerana ketika itu, Cahaya tidak memiliki telefon bimbit.

“Tetapi, ketika ini, kenyataan daripada mereka telah mengguris hati saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya pada hari ini di Taman Bukit Tropika di Johor Bahru.

Ibu kepada lima anak itu berkata, selama dua tahun dia telah memendam perasaan sedih disebabkan oleh pandangan sinis masyarakat.

Beliau berkata, sebaik sahaja ibu bapa pelajar lain selesai mengambil anak mereka, barulah beliau ambil anak di sekolah.

Beliau berkata lagi, dia tidak mahu mendengar soalan berulang mengenai sebab mengapa anaknya (arwah) berada di sana.

Menurutnya, jika dia berdepan dengan soalan itu, dia akan balas dengan ringkas bahawa yang berlaku ini semua ketentuan Allah.

“Pernah saya balas, awak tanyalah kepada malaikat maut, kenapa ambil anak saya dekat sana (lokasi kemalangan)? Saya pun tidak tahu.”

Kalau saya tahu kematian anak saya akan datang, mungkin mudah. Sebaliknya kita tidak tahu mati itu bila dan juga tempatnya di mana.

Menurut beliau, sepatutnya warganet mendoakan semua arwah bukan hanya untuk menghentam keluarga yang masih bersedih atas kehilangan insan tersayang.

Dalam kejadian pada 18 Februari 2017, lapan remaja lelaki maut apabila basikal yang mereka tungangi telah dirempuh kereta di Jalan Lingkaran Dalam bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah jam 3 pagi.

Semua mangsa yang berusia lingkungan 13 hingga 17 tahun maut di tempat kejadian manakala dua lagi dilaporkan parah.

Pada 18 Oktober yang lalu, Mahkamah Majistret Johor Bahru, membebaskan jurujual wanita, Sam Ke Ting, 27, daripada tuduhan memandu secara meluluh sehingga mengakibatkan kematian semua mangsa.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca