Warganet Desak Vivy Yusof Letak Jawatan Ahli Lembaga Pengarah UiTM

Satu petisyen telah diwujudkan bagi mendesak pengasas bersama Fashion Valet, Datin Vivy Yusof untuk meletak jawatan sebagai ahli lembaga pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Bagi anda yang masih keliru, kontroversi ini tercetus apabila Vivy bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pengasas kosmetik.

Dalam kenyataan itu, wanita tersebut yang dikenali sebagai Aleeya telah mempersoalkan bantuan yang diterima oleh golongan B40.

Vivy dalam kenyataan balasnya telah bersetuju lantas menerima kecaman daripada orang ramai.

Rata-rata warganet mendakwa ikon fesyen tersebut merendah-rendahkan golongan B40 dan M40 yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin yang diumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, Vivy tampil memohon maaf dengan menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai niat untuk memperkecilkan golongan B40 seperti yang didakwa.

“Saya ingin menjelaskan perkara sebenar di sebalik apa yang tular di Twitter. Saya tidak bersetuju dengan kenyataan pertama ahli perniagaan itu.

Saya sangat mengambil berat mengenai komuniti B40 dan ingin memastikan mereka tidak kehilangan kerja. Kalau anda mengenali saya, saya harap anda faham dari mana asal usul saya.

Saya tahu, ini tidak akan mengubah apa-apa tetapi saya rasa saya perlu bersuara untuk menjernihkan keadaan. Saya ingin meminta maaf sekali lagi,” luahnya.

View this post on Instagram

Sorry, everyone. 🙏❤

A post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof) on

Vivy turut menegaskan bahawa dia hanya ingin memperjuangkan nasib peniaga-peniaga Industri Kecil dan Sederhana (SME) yang terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dilaksanakan.

Walaupun dia sudah meminta maaf, isu ini tidak berhenti setakat itu sahaja apabila Alumni UiTM telah mewujudkan satu petisyen yang menuntut pengasas bersama Fashion Valet itu meletakkan jawatan sebagai ahli lembaga pengarah.

Vivy menerusi petisyen tersebut dikatakan tidak menjaga nama baik universiti berkenaan dan gagal dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ahli lembaga pengarah UiTM.

petisyen vivy yusof letak jawatan ahli lembaga pengarah uitm

Menerusi tinjauan kami di laman Twitter, nama Vivy Yusof masih lagi menjadi buah mulut orang ramai sehingga trending di tempat yang pertama di laman Twitter.

Selain itu, tinjauan kami turut mendapati kenyataan Vivy masih lagi mengundang kemarahan orang ramai sehingga ke hari ini:

Untuk membaca lebih banyak artikel mengenai usahawan terkenal tanah air, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca