Warganet Dari China Mahu Boikot Running Man, Apa Sebabnya?

*Gambar di atas hanya sekadar hiasan. Sumber: Forbes

Susulan kontroversi melibatkan salah satu permainan dalam episod terbaharu Running Man, warganet dari China kini mahu memboikot program tersebut. Bagi mereka, permainan itu dikatakan telah melanggar prinsip One China yang dipegang negara tersebut.

Satu perdebatan hangat berkenaan episod terbaharu Running Man telah berlaku di Weibo pada 7 Disember lalu. Warganet dari China memuat naik beberapa keping foto permainan papan yang diberi nama Blue Marble itu di laman media sosial berkenaan.

Permainan Blue Marble ini mempunyai konsep sama seperti Monopoli di mana pemain boleh membeli hartanah di bandar-bandar dekat seluruh dunia.

Namun, apa yang menjadi isu di sini bukanlah permainan papan tersebut tetapi ia dinyatakan bahawa Taipei ialah ibu negara Taiwan. Beijing pula merupakan ibu negara China.

Sumber: The Vocket

Sekiranya anda mahu tahu, konflik di antara China dan Taiwan sudah lama berlaku. Walaupun China mendakwa Taiwan sebagai sebahagian daripada naungan mereka, Taiwan pula percaya sebaliknya.

Bagi yang masih keliru, ahli Running Man dan tetamu jemputan telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Dalam permainan ini, pemain dikehendaki membeli tanah sekiranya mereka berada di ibu negara kosong.

Sumber: The Vocket

Namun, permainan yang dianggap lucu kepada orang ramai ini ternyata menerima reaksi yang berbeza daripada penonton China. Ini kerana program terkenal itu dilihat membahagikan Beijing, China dan Taipei, Taiwan kepada dua negara berbeza dan sekali gus melanggar prinsip One China yang dipegang oleh negara mereka.

Tidak cukup dengan ugutan, penonton dari China juga menunjukkan bukti bahawa mereka telah menghapuskan fail tayangan daripada senarai tontonan sebagai tanda boikot terhadap rancangan tersebut.

Dalam pada itu, warganet dari Korea turut meluahkan kekecewaan mereka berkaitan isu ini. Mereka tidak kisah sekiranya penonton dari China ingin memboikot rancangan tersebut.

Bagi mereka, tindakan penonton China yang menganggap bahawa tindakan berkenaan akan memberikan kesan kepada rancangan tersebut dikatakan sangat menjengkelkan sedangkan kebanyakan daripada penonton di sana menonton program itu secara haram.

Apa pendapat anda berkenaan isu ini?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan Running Man, anda boleh klik pada pautan di bawah:

https://iamlejen.com/video-episod-dikatakan-semakin-hambar-haha-tampil-dedahkan-derita-sebenar-ahli-running-man/\
Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca