Warganet Cair Lihat Bayi Baru Lahir Pakai Pelindung Muka Mini

Sebuah hospital di Samut Prakan, Thailand telah memuat naik beberapa keping gambar bayi yang baru lahir sedang memakai pelindung muka di laman rasmi Facebook mereka.

Menurut hospital Paolo, tujuan mereka memakaikan bayi perisai muka adalah untuk perlindungan tambahan untuk wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan.

Mereka juga mengucapkan tahniah kepada semua ibu bapa yang baru sahaja menimang cahaya mata. Coretan itu kini menerima sebanyak 3,000 perkongsian dan 4,000 reaksi daripada warganet.

Rata-rata tidak dapat menahan diri daripada memuji bayi-bayi yang kelihatan comel memakai pelindung muka mini tersebut.

Ini antara reaksi daripada warganet yang cair melihat bayi-bayi tersebut:

Warganet turut memuji usaha hospital Paolo dalam melindungi bayi-bayi itu dengan menyediakan langkah perlindungan yang tinggi.

Untuk rekod, Thailand kini sudah cecah 2,000 kes positif COVID-19 dengan 20 mangsa korban membuatkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand (CAAT) terpaksa melaksanakan perintah menghentikan semua penerbangan masuk antarabangsa ke negara itu bermula hari Sabtu hingga Isnin malam.

Semoga bayi-bayi tersebut dapat membesar dengan sihat dan kuat.

Untuk membaca artikel lain berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca