Warganet Berang Mangsa Kemalangan LRT Hanya Diberikan Pampasan RM1,000

Semalam, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita tentang kemalangan melibatkan dua buah tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya yang telah mengakibatkan 213 orang penumpang tercedera dengan 47 mangsa cedera parah.

Pertembungan itu berlaku di dalam terowong antara Stesen LRT KLCC dan Kampung Baru. Pada waktu kejadian, satu tren membawa penumpang manakala sebuah lagi adalah tren rosak yang sedang dipandu uji.

Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad iaitu Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menyatakan pihak syarikat akan menanggung kos rawatan dan perubatan mangsa yang dimasukkan ke hospital.

Menurut Tajuddin lagi, Prasarana akan memberikan RM1,000 kepada semua mangsa yang terlibat dalam kemalangan semalam dan bantuan kewangan akan disalurkan kepada mangsa yang tidak boleh bekerja.

Sumber: Twitter @redzuanNewsMPB

Selain itu, Tajuddin turut memberi jaminan bahawa pihaknya akan menambah baik prosedur operasi standard (SOP) perkhidmatan LRT.

Sementara itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet tidak bersetuju pihak Prasarana hanya memberikan pampasan sebanyak RM1,000 kepada mangsa kemalangan berkenaan:

Orang ramai turut berharap RM1,000 bukanlah duit ganti rugi di atas kecederaan yang dialami mangsa kerana ia melibatkan nyawa manusia. Mereka turut menasihati mangsa kemalangan untuk saman pihak Prasarana agar menerima wang pampasan yang sewajarnya.

Dalam pada itu, laporan awal insiden pertembungan melibatkan dua tren LRT akan diserahkan oleh Ketua Pengarah Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) iaitu Azlan Shah Al-Bakri kepada Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong hari ini.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca