Uniqlo baru-baru ini release koleksi terbaharu mereka iaitu Billie Eilish x Takashi Murakami di butik terpilih di seluruh Malaysia. Selepas koleksi berkenaan sold out apabila ia mula dijual secara dalam talian, ramai orang sebaliknya memilih untuk datang awal dan beratur di butik-butik terpilih itu untuk memiliki koleksi berkenaan.
Ada juga yang sanggup beratur lama kerana tidak mahu melepaskan peluang untuk memiliki koleksi tersebut. Namun, apa yang lebih mengundang kemarahan orang ramai ialah golongan reseller yang tidak mahu terlepas peluang untuk ‘buat duit’ menerusi koleksi tersebut.
Isu ini mula menjadi bualan ramai apabila seorang pengguna Twitter akui dia telah membeli 20 helai pakaian daripada koleksi tersebut untuk dijual semula dengan harga RM120 sehelai. Untuk pengetahuan anda, sehelai baju daripada koleksi ini hanya berharga RM59.90.
Reseller itu turut merasakan ‘penat lelah’ mereka yang sanggup beratur sejak jam 5 pagi untuk memborong koleksi berkenaan mempunyai harganya. Atas sebab itu, dia menjadikannya satu alasan untuk menjual semula pakaian berkenaan dengan harga ‘cekik darah.’
Walau bagaimanapun, rata-rata warganet tidak setuju dengan perkara tersebut kerana ramai yang menganggap upah yang diambil itu terlalu tinggi:
Mohon takpayah support reselling macam ni. Baju harga RM59.90 mark up sampai RM120. Jangan jadi pengguna bengap. Sekian. https://t.co/r8KkV68FQn
— ariasa (@ariasaeeliron) May 30, 2020
sorry tapi uniqlo doesn’t allow to resell kan? pic.twitter.com/f8itOiAAu8
— nena 🍉 (@nenahaoma) May 30, 2020
Ni not taking account of Billie’s fanbase lagi la. Her music and the creative direction of her branding is also part of the appeal in this collab. But either way. Uniqlo banyak stocks je and reseller set the price begitu sebenarnya pasal ppl ada malas tunggu restock lmao.
— A X Z C T (@AXZCT) June 1, 2020
yall be selling the clothes lagi mahal than the actual price n act as if its your original design nak markup harga mahal mahal camtu. orang lain lagi la personal shopper kat US n UK tu takde pun dia nak charge sekali ngan flight ticket price dia lmao. nak jadi personal shopper – https://t.co/aKblwGXLAO
— qica! #blm (@qisya12kissya) May 29, 2020
Masalahnya orang sanggup je beratur panjang beli yang dorang NAK SAHAJA. Tapi kau beli SAMPAI ORANG LAIN TAKDAPAT BELI KAT STORE. LAINLAH KALAU KAU NI PS, NI TAK KAU BORONG SEMUA PASTU KAU RESELL HARGA NERAKA
— Mrs Safwan 👸🏻 (@thesafuraayasin) May 30, 2020
Tidak kurang juga yang menganggap golongan ini hanya memikirkan keuntungan dan bukannya mahu membantu. Satu perkara yang pasti, ia bukannya satu perkara yang salah untuk mengambil upah bagi setiap pembelian.
Walau bagaimanapun, caj upah itu perlu berpatutan. Sementara itu, Uniqlo juga akan restock koleksi rebutan ramai ini dalam masa terdekat jadi anda masih lagi mempunyai peluang untuk mendapatkannya pada harga retail.
Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan jualan murah, anda boleh klik pada pautan di bawah: