Warganet Bengang Ramai Selebriti Masih Pilih Cuti Di Luar Negara

Walaupun kes COVID-19 mencatatkan jumlah yang membimbangkan setiap hari, ramai juga yang masih mahu melancong ke luar negara dengan alasan akan berdepan kerugian kerana sudah membeli tiket.

Namun, apa yang lebih menyedihkan adalah segelintir selebriti seronok menghabiskan masa bercuti di luar negara dalam situasi genting sebegini.

Tindakan itu sekali gus mengundang kemarahan orang ramai kerana selebriti sepatutnya menunjukkan contoh yang baik dan memberikan kesedaran kepada masyarakat sebagai seorang public figure.

Tidak berhenti di situ, warganet menyifatkan selebriti-selebriti itu pentingkan diri sendiri kerana lebih pentingkan wang daripada nyawa.

Mana tidaknya, bagaimana hendak mengawal wabak ini daripada terus merebak sekiranya bukan semua rakyat Malaysia mahu memberikan kerjasama?

artis bercuti covid-19
Sumber: beautifulnara
artis bercuti luar negara

Sebagai peringatan, kita bukan sekadar menyusahkan diri sendiri tetapi menyusahkan ribuan orang lain sekiranya kita mengambil risiko untuk terus aktif melakukan pelbagai aktiviti.

Akhir kata, tidak mengapa rugi sekarang tetapi jangan pertaruhkan nyawa sendiri dan orang lain. Patuhi arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk kebaikan bersama.

Kesihatan anda perlu menjadi keutamaan kerana wang boleh dicari tetapi nyawa tiada galang gantinya.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan selebriti tempatan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca