Warganet Bengang Lihat Wanita Ini Terpaksa Sorong Ibu Yang Uzur Ke Bank

Sedih lagi memilukan, nasib seorang wanita yang terpaksa menyorong ibunya yang berusia 120 tahun ke bank selepas diminta sendiri oleh pihak itu untuk pemegang akaun hadir secara bukti fizikal.

Demi mengeluarkan wang pencen, wanita yang bernama Gunja Dei itu tiada pilihan kecuali menyorong ibunya, Labhe Baghelyang sudah uzur dan berbaring di atas katil untuk dibawa ke bank.

Sebaik sahaja tiba di bank, baru pegawai bertugas menyerahkan wang berkenaan.

Insiden menyedihkan ini dilaporkan berlaku di kampung Baragan di daerah Nuapada, New Delhi pada hari Rabu yang lalu.

Menurut Pegawai Daerah Nuapada, Raju Dholkia, beliau kesal dengan apa yang berlaku.

“Saya mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan tidak berperikemanusiaan seperti ini. Diharap, kerajaan menjalankan siasatan segera berhubung perkara itu,” katanya.

Rakaman itu telah tular di laman sosial membuatkan Ahli Dewan Perundangan (MLA) dari Khariar, Adhiraj Panigrahi menyelar tindakan pihak bank itu dan menuntut tindakan undang-undang diambil.

Dalam pada masa yang sama, Pengurus Wilayah Bank Gramnya bersama Panigrahi dilapor bertemu bagi membincangkan isu berkenaan.

Menurut Panigrahi, pegawai bank di sana sering menganggu wanita warga emas itu sejak tiga bulan lalu.

“Saya mengutuk perbuatan ini dan orang yang bertanggungjawab di sebalik ini harus disingkirkan daripada jawatan mereka. Perbuatan ini dapat dilihat di pelbagai daerah di Odisha,” katanya.

Difahamkan, Ketua Setiausaha Odisha menghantar surat kepada pengurus wilayah agensi kerajaan, swasta dan bank wilayah pedalaman (RRB) untuk menawarkan khidmat rumah ke rumah bagi warga emas.

Ini beberapa reaksi daripada warganet yang bengang melihat situasi yang ditimpa mereka ini:

Untuk membaca artikel yang hampir sama seperti di atas, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca