Warganet Bengang Lihat 2 Wanita Ini Selamba Berjalan Di KLCC Tanpa Pelitup Muka

Baru-baru ini, gambar dua warga asing yang berani berlegar-legar di sekitar Taman KLCC, Kuala Lumpur tanpa memakai pelitup muka mencuri perhatian orang ramai di media sosial apabila mereka telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Selepas gambar itu tular, warganet menzahirkan rasa kesal mereka apabila mendapati wujud sebilangan golongan ekspatriat yang degil dan tidak mahu memakai pelitup muka ketika berada di khalayak umum.

Sumber: Twitter Amma Llama

Menerusi tinjauan kami di laman Twitter, ada yang mempersoalkan tentang keadilan undang-undang di negara ini berikutan dua wanita tersebut masih bebas walaupun tidak mengikut peraturan yang ditetapkan untuk membendung penularan COVID-19.

Ada juga yang mendakwa wujud layanan double standard kerana rakyat biasa pasti dikenakan saman seolah-olah SOP yang ditetapkan oleh kerajaan itu hanya terpakai kepada rakyat Malaysia sahaja.

Tidak berhenti di situ, ada juga warganet yang berkongsi kisah di mana beliau diberi amaran oleh polis yang melarangnya untuk membuka pelitup muka walaupun seketika ketika sedang bersiar-siar bersama anaknya di Taman KLCC.

Dalam pada itu, Ibu Pejabat Polis Dang Wangi telah membuka kertas siasatan berhubung isu dua orang wanita warga asing yang didapati melanggar SOP ketika berjalan di laluan pejalan kaki Taman KLCC dan mereka akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Memetik laporan Malaysia Gazette, Ketua Polis Daerah Dang Wangi iaitu Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata siasatan itu di bawah Seksyen 21A, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342) dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca