Warga Emas Minta Dikunjungi Dan Melihat Tarian Penari Bogel Secara ‘Live’

Setiap daripada kita pasti mempunyai hajat dan impian masing-masing bukan?

Begitu juga dengan perkongsian pada kali ini. Terdapat seorang warga emas wanita yang membuat permintaan agar dirinya dilawai oleh seorang penari bogel.

Siapa sangka, impian warga emas itu menjadi kenyataan! Dia telah pun dikunjungi oleh seorang penari bogel di rumah penjagaannya.

Wanita bernama Joan ini seterusnya menjelaskan betapa gembiranya hati sehingga setiap saat persembahan daripada penari itu dinikmati dan diamati olehnya.

Menurut laporan Metro Uk, permintaan Joan itu merupakan sebahagian daripada inisiatif rumah penjagaan Glastonbury Court di Suffolk.

Sejurus disoal apa permintaannya, warga emas ini segera meminta seorang lelaki bertubuh menarik, berdada bidang dan memiliki bisep yang besar.

Dia dan sekumpulan warga emas yang lain akhirnya dihiburkan dengan persembahan seorang penari lelaki yang awalnya berpakaian seragam bomba.

Lebih mengujakan apabila penari itu memberikan pelukan kepada warga emas berkenaan.

Jelas Joan dengan nada gembira, “Dia buat saya berasa muda semula. Saya menikmatinya setiap saat.”

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca