Warga Emas Ipoh Ditikam Dan Dikelar Leher

Seorang wanita warga emas berusia dalam lingkungan 70 tahun ditemui meninggal dunia selepas dipercayai ditikam dan dikelar leher oleh anak saudaranya.

Kejadian ngeri tersebut belaku di Kampung Cina, Menglembu, Ipoh. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan ditemui berlumuran darah akibat kesan kelar serta tusukan pisau di leher.

Sumber: Berita Harian

Menurut Asisten Komisioner Yahaya Hassan, Ketua Polis Daerah Ipoh, pusat kawalan daerah Ipoh menerima panggilan daripada 999 memaklumkan seorang wanita pengsan di dalam rumah.

Tiba di tempat kejadian, anggota yang bertugas menemui seorang lelaki di dalam rumah bersama seorang wanita yang dikatakan pengsan.

Namun setelah pemeriksaan lanjut, didapati bahawa wanita tersebut tertiarap di tepi katil dalam keadaan berlumuran darah dan sudahpun meninggal dunia.

Kata beliau, pemeriksaan forensik mendapati selain daripada kesan tikaman dan kelar, sebuah pisau didapati masih tertusuk di belakang leher mangsa ketika ditemui.

Pihak forensik dan patologi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) kemudiannya mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat kini dihantar ke HRPB untuk bedah siasat dan siasatan lanjut.

Sumber: Berita Harian

Pihak polis kini menahan anak saudara lelaki mangsa yang berusia dalam lingkungan 40-an. Beliau yang tinggal bersama wanita warga emas itu menjadi suspek utama dalam kes ini.

Ada laporan mengatakan bahawa suspek mempunyai masalah mental.

Terdapat cerita yang aneh berkenaan dengan suspek, di mana beliau kerap mendakwa bahawa ada orang mengancam mahu membunuhnya.

Beliau bukanlah orang yang rapat dengan jiran-jirannya. Apabila bertemu dengan jiran, beliau hanya akan bertegur sepatah dua kata, kongsi seorang jiran mangsa, A Lingam, 37.

Ada kalanya bila bertemu jirannya, suspek berkata ada orang lalu-lalang di kawasan itu tetapi jirannya tidak pernah nampak kelibat sesiapapun.

Kata Yahaya, kes ini kini sedang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Dakwaan yang melaporkan suspek mempunyai masalah mental itu juga turut akan disiasat dengan lebih lanjut.

Untuk membaca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca