Warga Emas Ini Temui Ajal Selepas Dicakar Dan Dijilat Kucing Peliharaan Sendiri

*Gambar hanya sekadar hiasan.

Seorang wanita warga emas meninggal dunia dipercayai gara-gara dicakar oleh kucing peliharaannya sendiri. Kejadian ini dilaporkan berlaku di Melbourne, Australia.

Menurut laporan media tempatan, warga emas yang berusia 80 tahun itu dicakar kucingnya yang diberi nama Minty sebelum haiwan berkenaan bertindak menjilat luka pada tuannya itu.

Difahamkan, warga emas terbabit ditemui oleh keluarganya dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum dia dikejarkan ke hospital di Melbourne.

Wanita malang itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia seminggu kemudian akibat jangkitan bakteria.

Sumber: Zooplus

Menurut Lindsay Grayson selaku Pengarah Penyakit Berjangkit di Pusat Kesihatan Austin, Melbourne, perkara sebegini (kes kematian akibat dicakar dan dijilat haiwan peliharaan) kini menjadi masalah besar dan semakin kerap berlaku. Lebih membimbangkan, jangkitan yang berlaku pada bahagian injap jantung itu mampu meragut nyawa sekiranya tidak dirawat dengan segera.

“Sekurang-kurangnya satu kes jangkitan seperti yang berlaku ke atas wanita ini dilaporkan di hospital dalam tempoh seminggu,” kata Grayson.

Pada masa yang sama, Grayson memberi amaran kepada semua tentang bahayanya jangkitan bakteria pada luka yang terbuka akibat dijilat oleh haiwan peliharaan.

Tegas Grayson, mana-mana pemilik kucing perlu mendapatkan rawatan dengan segera sekiranya dicakar atau digigit oleh haiwan peliharaan.

Untuk baca artikel-artikel lain berkenaan haiwan bernama kucing ini, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca