Warga Emas Habiskan RM10,000 Bina Tandas Awam Mewah Di Kelantan.

Seorang warga emas berusia 83 tahun telah menghabiskan sebanyak RM10,000 untuk membina sebuah tandas mewah ‘ala syurga dunia’ di sebuah stesen minyak di Melor, Kota Bharu, Kelantan.

Menurut Datuk Dr Ahmad Omar, pemilik tandas tersebut, pembinaan tandas mewah itu adalah bertujuan untuk menangkis persepsi yang sering menggambarkan tempat tersebut sebagai kotor dan menjijikkan.

Tandas awam mewah ‘ala syurga dunia’ milik beliau di stesen minyak Melor, Kota Bharu, Kelantan

Untuk tujuan tersebut, beliau menghabiskan RM10,000 untuk menyediakan tandas berkenaan dengan 35 jenis kelengkapan bagi keselesaan pengguna yang singgah di situ.

Antara kelengkapan yang disediakan adalah penghawa dingin, pemanas air, televisyen, mesin bancuhan kopi dan juga meja solek.

Semua kelengkapan ini adalah jarang sekali untuk disediakan di dalam tandas. Lebih-lebih lagi jika tandas tersebut hanyalah tandas awam.

Kredit: Sinar Harian

Selain daripada kelengkapan tersebut, tandas itu juga dihias dengan hiasan yang mewah. Ukiran keemasan di pintunya seakan sebuah istana mini membuatkan tandas tersebut seperti daripada dunia ‘ala kayangan’.

Datuk Ahmad Omar berkata, idea untuk menaik taraf tandas itu timbul setelah beliau mempunyai wang daripada keuntungan simpanan dalam sebuah bank yang dianggap sebagai ‘duit haram’.

Oleh sebab itu, beliau memutuskan untuk menggunakan wang tersebut untuk membina tandas ini yang dibuka secara percuma untuk sesiapa yang ingin menggunakannya.

Ukiran keemasan di pintu tandas.

Jikalau anda ialah orang Kelantan ataupun orang yang ingin jalan-jalan di Kelantan, bolehlah letakkan tandas ini sebagai salah satu destinasi untuk anda pergi.

Bukan sahaja anda boleh ‘melepaskan hajat’ dalam keadaan berhawa dingin dan selesa ibarat di dalam sebuah istana, malah anda  juga mampu bersantai melepaskan lelah penat memandu dengan menonton televisyen sambil minum secawan kopi.

Untuk membaca artikel-artikel yang berkenaan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca