Warga Emas 83 Tahun Berkahwin Dengan Gadis Berusia 27 Tahun, Ini Kisah Cinta Yang Tidak Mengenal Usia

Benarlah apa yang diperkatakan selama ini di mana cinta itu tidak pernah mengenal usia. Ia dapat dibuktikan dengan kisah yang tular baru-baru ini mengenai seorang warga emas yang sudah mencecah 83 tahun berkahwin dengan seorang gadis berumur 27 tahun di Kabupaten Tegal.

Difahamkan, ia juga merupakan cinta pandang pertama. Gadis berkenaan mengaku dia dibuai cinta sejak pertama kali bertemu dengan ‘atuk’ itu. Malah, gadis itu sendiri yang meminta warga emas tersebut untuk menikahinya meskipun usia mereka jauh berbeza bagai langit dan bumi.

Ramai yang mempersoalkan keputusan wanita yang dikenali sebagai Nuraeni itu termasuklah anak-anaknya dengan suami sebelum ini. Rata-rata bertanyakan soalan yang sama iaitu kenapa dia tidak memilih lelaki yang sebaya? Jawab Nuraeni, hatinya sudah dimiliki oleh lelaki bernama Sudirgo itu dan tiada siapa yang boleh mengambil tempatnya.

Sudirgo merupakan seorang tukang berubat yang cukup terkenal di Desa Jatilaba daerah Tegal. Memang ramai penduduk yang pernah mendapatkan rawatan daripadanya termasuklah kedua-dua ibu bapa Nuraeni.

Akhirnya, hubungan mereka dipersetujui oleh kedua-dua orang tua Nuraeni yang cuma mahu melihat anak kesayangan mereka itu bahagia.

Sepanjang usianya, Sudirgo sudah empat kali bernikah. Ada di antaranya menemui titik noktah menerusi penceraian dan ada juga yang disebabkan kematian. Perkahwinan dengan Nuraeni merupakan perkahwinan kali kelima setelah enam tahun bergelar duda.

Kalau memang sudah jodoh, tidak ada apa yang boleh diperkatakan lagi. Semoga hubungan Nuraeni dan Sudirgo berkekalan dan dihujani dengan kebahagiaan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca