Wanita Ugut Bunuh Perdana Menteri Ditahan

Kemelut politik negara baru sahaja berakhir dengan perlantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8.

Namun, perlantikan tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada warganet sehingga ada yang sanggup memuat naik komen yang berbaur ugutan ingin membunuh PM baru Malaysia itu.

Seorang pengguna Facebook dengan nama Penny Tai yang berusia 28 tahun telah ditahan oleh pihak polis semalam setelah meninggalkan komen berbaur ugutan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Semasa siaran langsung upacara angkat sumpah Perdana Menteri Malaysia ke-8 di Istana Negara tempoh hari, suspek telah meninggalkan komen berbunyi,

“Boleh upah pembunuh untuk bunuh Perdana Menteri baru?”

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, SAC Datuk Fadzil Bin Ahmat, telefon bimbit wanita itu telah dirampas untuk siasatan.

Beliau juga turut menasihati pengguna-pengguna media sosial di luar sana supaya lebih berhati-hati dalam memberikan komen dan seharusnya bertanggungjawab atas apa yang dilakukan.

Hasil siasatan mendapati bahawa wanita Cina itu berkerja sebagai pembantu pengurus klinik di Singapura dan didakwa tidak mempunyai sebarang latar belakang politik. Malah, suspek juga dikatakan tidak pernah mengundi.

Untuk membaca artikel lain berkenaan isu politik negara, sila klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca