Seorang wanita terkejut setelah menemui jari manusia di dalam burger yang sedang dimakan olehnya.
Wanita itu dipercayai menemui potongan jari itu di dalam burger yang dibelinya di restoran Hot Burger di Santa Cruz de la Sierra, Bolivia.
Wanita yang enggan mendedahkan namanya itu menjelaskan bahawa dia menemukan potongan jari itu ketika sedang menikmati hidangan makanan di restoran berkenaan.
Wanita itu berkata bahawa dia sempat mengunyah potongan jari tersebut dalam gigitan pertamanya.
Sebuah hantaran di Facebook telah dimuat naik beserta gambar potongan jari tersebut dan juga sebuah video yang menunjukkan wanita itu sedang membuat aduan terhadap wakil pekerja restoran tersebut.
Di dalam video tersebut, pekerja restoran Hot Burger itu telah memohon maaf dan berkata bahawa mereka akan memberikan apa sahaja yang wanita itu mahu.
Mereka turut menjelaskan bahawa daging burger yang tiba di restoran itu sudahpun disediakan terlebih dahulu.
Timbalan Menteri Hal Ehwal Pengguna, Jorge Silva menyatakan bahawa bahagian jari yang ditemukan itu merupakan milik salah seorang pekerja di sebuah kilang daging.
Tambahnya lagi, pekerja tersebut difahamkan telah terlibat dengan kemalangan ketika mengawal mesin pemotong daging.
Pekerja tersebut dipercayai telah kehilangan dua jari ketika sedang mengendalikan mesin pemotong yang menyediakan kira-kira 80 kilogram daging.
Menurut Silva, pekerja berkenaan telahpun dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan jarinya yang telah terputus itu didakwa telah dibuang setelah kejadian tersebut berlaku.
Namun demikian, salah satu jari tersebut tidak berjaya dibuang dan akhirnya ditemukan dalam burger wanita terbabit.
Katanya, “Kami akan mengenakan hukuman kepada mereka yang bertanggungjawab, Kanun Jenayah menetapkan hukuman penjara hingga 10 tahun.”
Lebih mengejutkan, hal itu bukan kejadian pertama yang terjadi kerana terdapat sekurang-kurangnya tiga kejadian sama turut berlaku melibatkan jari pekerja yang hilang.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: