Wanita Terima Dimadukan Apabila Bekas Kekasih Tunang Datang Merayu

Wanita Terima Dimadukan Apabila Bekas Kekasih Tunang Datang Merayu

Bagaimana perasaan anda jika wanita lain datang ke majlis perkahwinan anda dalam usaha untuk menikahi tunangan anda? Itulah yang dilalui seorang wanita di Indonesia dimana bekas kekasih tunangnya datang merayu untuk dijadikan madu.

Menurut laporan Harian Metro, Nur Khusnul Kotimah, 20, dari Lombok Tengah, Indonesia, mengatakan bahawa dia terus menerima situasi berkenaan dengan rela hati.

Khusnul menerima keputusan tunangnya, Korik Akbar, 20, untuk menikahi bekas kekasihnya, Yuanita Ruri, 21 tahun, semasa upacara pernikahan mereka kerana takdir.

“Dia (Yuanita) tahu tentang rancangan kami untuk berkahwin dari Facebook, kerana banyak rakan mengucapkan tahniah kepada kami.

Oleh sebabkan itulah madu saya tiba-tiba datang minta untuk dinikahkan juga. Sudah namanya takdir, saya terima sahaja,” ujar Khusnul.

Khusnul berkata, semua ini berlaku ketika dia dan Korik telah bersepakat akan menikah melalui proses merariq pada hari Rabu, 21 Julai.

Dari Kiri: Nur Khusnul Kotimah, Korik Akbar, Yuanita Ruri | Sumber: Facebook (Doyok Potret)

Merariq adalah adat yang memerlukan wanita ‘diculik’ oleh lelaki pilihannya yang mana proses berkenaan diketahui oleh ahli keluarga.

Perempuan yang diculik akan dibawa ke rumah keluarga lelaki, menurut Tribun News.

“Hanya beberapa minit setelah kami tiba di rumah Korik, Yuanita muncul dan meminta untuk menikah juga,” tambah Khusnul.

Sementara itu, Korik mengakui bahawa dia merasa terkejut melihat bekas kekasih yang dia kenal sejak 2016 itu datang ke majlis perkahwinannya.

“Saya tidak menyangka dan sangat terkejut. Namun, selepas berbincang dengan keluarga, saya membuat keputusan untuk menikahi kedua-duanya.

Mas kahwin untuk kedua-duanya juga sama iaitu 1.75 juta Rupiah (kira-kira RM510),” kata Korik.

Walau bagaimanapun, Korik berasa susah hati dengan keputusannya kerana dia sekarang menganggur dan mempunyai dua isteri yang bergantung padanya.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca