Wanita Nyaris Buta Gara-Gara Suntikan Filler Di Bibir Meletup

Seorang wanita muda di Australia nyaris hilang penglihatan selepas filler yang disuntik pada bibirnya pecah.

Mikayla Stucthberry, merana selepas menjalani suntikan di sebuah cawangan klinik kecantikan ternama di Victoria.

Wanita itu mendakwa dia menjalani prosedur itu kerana mahu bibir kelihatan lebih mungil dan menawan.

“Tidak lama selepas menjalani prosedur suntikan filler, bibir saya berasa sakit dan mula membengkak.”

“Ia bertambah buruk apabila bibir saya mula melecet dan mengeluarkan cecair filler berkenaan,” katanya.

Doktor yang merawat Mikayla berkata bahawa wanita itu bernasib baik kerana insiden berkenaan tidak meragut nyawanya. Menurut doktor itu lagi, cecair yang meletup dari bibirnya itu mungkin terkena boleh bola matanya. Hal ini berkemungkinan berlaku akibat filler yang mungkin telah disuntik pada saluran darah.

“Wanita malang ini amat bernasib baik,” kata bekas Presiden Doktor Bedah Plastik Australia, Profesor Mark Ashton.

Sementara itu, pihak Laser Clinics Australia yang menjalankan prosedur suntikan filler tersebut menafikan kakitangannya berlaku cuai dan menyifatkan tuduhan wanita berkenaan sebagai tidak berasas.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca