Wanita Mirip Zalina Azman Didakwa Muncul Di Restoran, Polis Sahkan Individu Itu Seorang Gelandangan

Seorang individu mencuri perhatian orang ramai baru-baru ini selepas dia mendakwa telah menemui wanita yang kelihatan seperti Zalina Azman di sebuah restoran di Shah Alam, Selangor pada Ahad lalu.

Pihak polis mengesahkan bahawa wanita yang muncul di restoran tersebut bukan Zalina sebaliknya merupakan seorang gelandangan. Ketua Polis Daerah Shah Alam iaitu Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan pihak beliau telah membuat semakan dan menjalankan siasatan di restoran berkenaan untuk mengesahkan dakwaan tersebut.

“Selepas berita tentang kehilangan Zalina Azman, kami menerima beberapa maklumat daripada orang awam berkata mereka melihat kelibatnya di sekitar Shah Alam, taman tasik, restoran dan sebagainya.

Sumber: Oh Bulan

Walau bagaimanapun, kami mendapati ia bukanlah orang yang kami cari selepas membuat semakan dan pergi ke tempat-tempat yang diberitahu dan berjumpa dengan individu-individu berkenaan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Iqbal turut menyatakan pihak polis telah menemui wanita yang didakwa kelihatan seperti Zalina tetapi individu tersebut bukanlah bekas personaliti TV3 yang dicari.

“Memang ada jumpa tetapi wanita itu adalah gelandangan dan bukannya Zalina Azman,” tambahnya.

Pihak polis bagaimanapun masih belum merakam percakapan individu yang mendakwa melihat kelibat wanita seperti Zalina tetapi pihaknya akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.

Iqbal turut berharap orang awam dapat menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan dan pencarian sehingga bekas personaliti TV3 itu ditemui.

Sumber: Berita Harian

Memetik laporan Berita Harian pada 18 Julai lalu, bekas personaliti TV3 itu dilaporkan hilang ketika anak lelaki beliau cuba menghubunginya sejak 24 November 2021 untuk memaklumkan datuk pengadu telah dimasukkan ke hospital tetapi wanita itu tidak dapat dihubungi.

Iqbal berkata, “Pengadu dan bapa saudaranya pergi ke rumah wanita berusia 58 tahun itu di Seksyen 3 pada 29 November dan mendapati kereta ibunya berada di tepi rumah.

Anak lelaki beliau mendapati keadaan di dalam rumah tidak tersusun. Pengadu turut menemui dompet ibunya yang mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, kad kredit, kunci kereta dan wang tunai RM600 tetapi wanita tersebut tidak dijumpai. Segala usaha mencari sudah dijalankan namun gagal menemui mangsa.” 

Anda boleh tonton video penuh di sini.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca