Wanita Lakukan Kesalahan Trafik 49 Kali Guna Kereta Bekas Kekasih

Wanita lakukan kesalahan trafik demi balas dendam

Dunia bercinta adakalanya indah, adakalanya tidak seperti yang kita harapkan. Seorang wanita di Zhejiang, China ini pastinya sangat kecewa setelah ditinggalkan sehingga beliau membalas dendam dengan melakukan kesalahan trafik menggunakan kereta bekas kekasih.

Didapati, Lou telah meminta bantuan seorang lelaki, Zhu, untuk membantunya membalas dendam dengan menyewa kereta bekas teman lelakinya, Chen.

Difahamkan Zhu juga merupakan kenalan kepada Chen. Chen menyewakan keretanya kepada Zhu tanpa menyedari rancangan balas dendam bekas teman wanitanya.

Sebaik sahaja kereta itu berada di tangan Zhu, dia terus membuat kesalahan trafik atas arahan wanita tersebut.

Dalam jangka masa dua hari, Zhu telah melanggar 49 lampu merah dan satu kesalahan memandu laju, menurut Global Times.

Hal berkenaan telah menarik perhatian pihak polis tempatan untuk menyiasat lebih lanjut mengenai kes aneh ini.

Setelah mereka menyiasat Chen sebagai pemilik kereta tersebut, mereka mendapati bahawa Zhu yang memandu kenderaan itu.

Pihak berkuasa kemudian menghubungi Zhu dan beliau mengaku bahawa dia hanya melakukan kesalahan tersebut demi Lou.

Memetik dari Global Times, Zhu sebenarnya sudah lama sukakan Lou dan wanita itu berjanji untuk menjadi kekasihnya jika dia membantunya balas dendam.

Ketika disoal, Lou mengakui bahawa dia melakukan ini untuk membalas dendam terhadap bekas teman lelakinya yang meninggalkannya untuk bersama dengan wanita lain.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca