Wanita Kedekut Ini Tidur Bersama Senapang Dan Kunci Bank Demi Melindungi Hartanya

Wanita itu memakai gaun lusuh serba hitam, berjalan di celah-celah keramaian orang dan kepadatan kota Manhattan tanpa menegur sesiapa sambil mengegam erat beg tangannya yang juga berwarna hitam.

Dia mendapat gelaran ‘Perempuan Sihir Wall Street’ dan merupakan wanita terkaya di Amerika Syarikat pada lewat tahun 1800-an.

Via Vintage News

Di Bank Chemical merangkap pejabatnya itulah menjadi tempat wanita genius ini merangka strategi pelaburannya.

“I buy when things are low and no one wants them. I keep them until they go up, and people are crazy to get them.” katanya.

Kehidupan Awal

Namanya Henrietta ‘Hetty’ Robinson atau dipanggil Hetty Green. Dia dilahirkan pada 21 November 1834 dalam sebuah keluarga kaya dan berpengaruh.

Oleh kerana Hetty merupakan pewaris tunggal harta kekayaan keluarga, ayahnya memastikan dia bersedia untuk memikul tanggungjawab itu tanpa bergantung kepada sesiapa.

Via Historic Women of the South Coast

Dia tidak dibesarkan dengan cerita-cerita puteri raja sebaliknya diasuh untuk membaca laporan kewangan dan hal-hal berkaitan pelaburan oleh ayah dan datuknya sejak berumur enam tahun.

Pada usia 15 tahun, Hetty menggalas tugas untuk menjaga bahagian akaun perniagaan keluarganya dan menjadi begitu obsesi terhadap kewangan sehingga tidak berminat dengan benda lain.

Soal Jodoh

Menginjak usia 20 tahun, ayah Hetty mahu mencarikan dia jodoh dan membelikannya satu almari baju cantik-cantik. Namun Hetty menjual baju-baju tersebut dan menggunakan wang hasil jualan untuk membeli bon kerajaan.

Dia tidak berkahwin sehingga usianya memasuki siri 30-an kerana tidak berminat dengan urusan rumah tangga seperti kebiasaan yang dilakukan oleh kebanyakan wanita pada zaman itu.

Hetty begitu sibuk dengan hal-hal berkaitan kewangan dan mengumpul harta sehingga dia menjadi seorang pelabur profesional pada usia 30 tahun, di mana jarang wanita menceburi industri kewangan yang rata-ratanya didominasi oleh kaum lelaki ketika itu.

Selain itu, dia juga paranoid terhadap lelaki-lelaki yang mengejar duitnya. Ketika berusia 33 tahun, akhirnya Hetty berkahwin juga dengan seorang lelaki bernama Edward dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Ned dan Sylvia.

Edward tidak secekap Hetty dalam menguruskan kewangan dan wanita itu berusaha keras untuk mengasingkan hartanya daripada suaminya. Akhirnya mereka berpisah kerana Hetty tidak mahu ‘cover’ hutang-hutang suaminya.

Namun begitu, Hetty tetap menjaga Edward ketika sakit sehingga akhir hayat lelaki itu.

Perilaku Aneh

Sejak kematian Edward, Hetty hanya memakai gaun serba hitam yang ringkas sepanjang hari (pakaian orang berkabung).

Sesetengah orang fikir bahawa menjadi seorang ibu akan melembutkan dirinya tetapi sangkaan itu jauh tersasar

Anak-anaknya memakai baju-baju terpakai. Sewaktu kaki Ned cedera kerana kemalangan, Hetty membawanya ke klinik khusus untuk orang miskin bagi mendapat rawatan percuma.

Apabila doktor di situ mengenalinya dan meminta bayaran, dia segera meninggalkan klinik itu. Kaki Ned tidak sembuh sepenuhnya dan terpaksa dipotong.

Selain itu, Hetty juga merawat diri sendiri dengan cara meletak kayu antara perut dan seluar dalam ketika jatuh sakit.

Keanehan perilaku wanita ini semakin menjadi-jadi seiring pertambahan usia.

Hetty kerap berpindah-randah supaya dapat mengalih perhatian para media dan bakal perompak. Malah dia tidur bersama deretan kunci bank di keliling pinggang dan senapang yang diikat pada tangan.

Hetty Green Mati

Hetty meninggal dunia dalam usia 81 pada tahun 1961.

All That’s Interesting

Selepas kematiannya, anak-anak Hetty mengamalkan gaya hidup yang jauh bertentangan dengan cara ibu mereka.

Sylvia berkahwin dan telah mendermakan seluruh hartanya kepada badan amal kebajikan sebelum dia mati pada tahun 1961.

Manakala Ned pula menikmati hidupnya sebagai pengumpul barangan mewah dan berkahwin dengan cinta pertamanya, seorang pelacur bernama Mabel yang pernah dibenci ibunya.

Artikel Lain Untuk Di Baca