Wanita Jangan Takut Untuk Bertemu Doktor!- Kenali Jenis-Jenis Ovarian Cyst

Ovarian cysts kerap berlaku di kalangan wanita muda dan kebanyakan daripada mereka tidak menyedari bahawa mereka mengalaminya. Ovarian cyst boleh menjadi tumor dan bukan tumor. Jika cyst adalah tumor, boleh jadi ianya beign (jinak) atau malignan (progresif). Ovarian cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau kantung yang berisi lendir/ air yang berada di dalam kilang telur ovari. Lendir atau cecair ini boleh jadi seperti air, pekat likat dan ada yang mengandungi tisu-tisu seperti rambut dan gigi.

 

Ovarian Cyst yang normal adalah cyst-cyst yang mengandungi telur dan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk proses persenyawaan. Cyst jenis ini dinamakan sebagai Follicular Cyst. Namun ada juga cyst-cyst lain yang tumbuh di dalam ovari dan ia akan membawa masalah jika ia tidak pecah. Malah, saiznya akan bertambah besar serta membahayakan keadaan pesakit.

Bagaimana anda ingin mengenali penyakit ini? Hanya melalui ujian Ultrasound atau CT scan (computed tomography) boleh membantu untuk mengesahkan masalah ini. Ujian darah dan air kencing juga perlu anda lakukan diperingkat awal untuk membezakan Cyst Ovari dengan masalah lain yang seperti Appendicitis, terutamanya jika anda terasa sakit pada bahagian kanan kilang telur wanita.

Tanda-tanda Ovarian cyst.

Ovarian cyst ini tidak mempunyai simptom yang ketara, tetapi simptom akan muncul apabila cyst sudah tumbuh. Antaranya seperti berikut:

  • Kembung perut atau bengkak
  • Pergerakan usus yang menyakitkan
  • Sakit perut sebelum atau semasa kitaran haid
  • Hubungan seks yang menyakitkan
  • Sakit di belakang atau paha
  • Payudara menjadi lembut
  • Pening dan muntah

Bagaimanapun simptom penyakit ini adalah berbeza untuk setiap individu, ada yang tidak mempunyai simptom langsung.

Dan sekiranya ovarian cyst semakin teruk, anda memerlukan perhatian perubatan secepat mingkin. Gejala ini boleh membawa kesan serius sekiranya tidak dirawat lebih awal. Antaranya adalah seperti:

  • Kesakitan pelvik yang teruk atau tajam
  • Demam
  • Pengsan atau pening
  • Pernafasan yang cepat

 

Jenis-Jenis Ovarian Cyst

1.Cyst Folikel.

 

Semasa kitaran haid wanita, telur tumbuh dalam kantung yang terletak diovari yang dipanggil folikel. Kantung ini membuka dan melepaskan telur. Tetapi sekiranya folikel tidak pecah, cecair di folikel boleh membentuk cyst pada ovari. Biasanya cyst jenis ini akan mengecut sendiri selepas beberapa hari atau mungkin mengambil masa berbulan. Cyst folikel boleh jadi mengandungi darah (hemorrhagic cysts) akibat kebocoran darah dalam kantung telur.

 

2. Cyst dermoid.

 

Ketumbuhan yang berbentuk seperti sac pada ovari ini terbentuk sejak lahir. Ia mengandungi struktur seperti rambut, lemak, gigi dan tisu yang boleh dijumpai pada kulit. Dermoid cyst ini tumbuh secara perlahan dan tidak lembut kecuali pecah. Cyst dermoid ini terjadi pada muka, di dalam tengkorak, di bahagian bawah, dan di ovari. Cyst yang berada di muka boleh dibuang tanpa sebarang komplikasi.

 

 

3. Endometriomas.

 

Endometriomas atau juga dikenali sebagai chocolate cysts biasanya terjadi di satu ovari atau kedua-duanya sekali. Tisu yang biasanya tumbuh di dalam rahim boleh berkembang di luar rahim dan melekat pada ovari dan mengakibatkan cyst.

 

4. Ovarium Polikistik.

 

Sesetengah wanita mengalami sindrom ovarium polikistik. Keadaan ini bermaksud ovari mengandungi sebilangan besar cyst kecil. Ia boleh menyebabkan pembesaran ovari dan menyebabkan kemandulan sekiranya tidak dirawat.

 

Cara rawatan untuk ovarian cyst bergantung dari keadaan cyst tersebut.  Sesetengah cyst akan hilang begitu sahaja dalam masa satu hingga dua bulan tanpa dirawat. Jika ia tidak sembuh, pembedahan mungkin diperlukan untuk membuang cyst tersebut. Jika cyst itu dapat dikesan lebih awal, ia  mungkin hanya  memerlukan pembedahan yang kecil dan cyst itu mungkin dibuang tanpa melibatkan ovari. Kadang- kalanya ovari perlu dibuang dan pembedahan mungkin melibatkan pengeluaran tiub Fallopian dan juga rahim.

 

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk kita semua. Ingat ya, para wanita jangan takut untuk jalani ujian saringan kesihatan.

Artikel Lain Untuk Di Baca