Wanita Ini Tidak Menyangka Bengkak Pada Leher Anak Rupanya Kanser

Seorang wanita warga Seremban tidak menyangka bahawa bengkak pada leher anak rupanya adalah disebabkan kanser.

Memetik laporan Sinar Harian, Noor Baizurah Mohamad Rusni, 31,  berkata pada awalnya beliau hanya menganggap bengkak yang ada pada anaknya adalah disebabkan gatal.

Namun hari demi hari bengkak itu makin bertambah teruk sehinggalah beliau memutuskan untuk membawa anak beliau ke Klinik Kesihatan.

Klinik Kesihatan kemudiannya merujuk anak beliau, Raja Mohammad, 4, ke Hospital Tuanku Jaafar(HTJ) kerana mereka mengesyaki kanak-kanak tersebut mungkin menghidap kanser.

Luluh hati si ibu ini apabila dikhabarkan kepadanya oleh pihak hospital bahawa 98 peratus bacaan darah Raja Muhammad adalah sel kanser.

Tidak pernah beliau menyangka bahawa penyakit yang digeruni ramai akan menyerang anak lelaki tunggalnya itu.

Cancer
Sumber: WHO

Nasib mereka sekeluarga bertambah malang apabila si ayah kini diberhentikan kerja kerana terlalu kerap mengambil cuti untuk rawatan anaknya yang perlu dilakukan setiap minggu.

Kini mereka sekeluarga menampung hidup hanya dengan mengambil upah membuat kuih.

Buat masa sekarang, setelah menjalani rawatan di hospital, keadaan Raja Muhammad kini makin bertambah baik. Namun kiraan darah putihnya masih tinggi, kata beliau.

Namun begitu, beliau amat bersyukur kerana jiran-jirannya banyak membantu semasa menghadapi dugaan ini. Selain itu, beliau turut mendapat bantuan susu khas untuk Raja Muhammad daripada Baitulmal.

Tambah beliau, satu program yang dianjurkan badan bukan kerajaan(NGO) Caza Superheroes di sebuah pasar raya di sini telah meraikan Raja Muhammad.

Program NGO meraikan Raja Muhammad. Sumber: Sinar Harian

Apabila ditanya mengenai program berkenaan, Noor Baizurah berkata, Raja Muhammad sangat gembira apabila diberitahu yang dia akan berjumpa ‘superhero’ yang diminatinya.

“Dia minat sangat dengan Spiderman, Iron-man dan Kapten America. Jadi peluang sebegini setidak-tidaknya dapat memberi sedikit kegembiraan kepada dia yang kini bertarung dengan kanser,” katanya.

Jika anda dapati yang anak anda mempunyai simptom-simptom yang aneh, segeralah rujuk kepada pakar bagi mendapatkan nasihat atau rawatan secepat mungkin.

Untuk baca artikel-artikel berkenaan, boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca