Wanita Ini Terkenal Di Media Sosial Gara-Gara Kambing ‘Tumpang Tidur’ Di Dalam Bilik Air

Hanya kerana seekor kambing, seorang pemilik rumah di Ohio, Amerika Syarikat menjadi popular secara mendadak di media sosial gara-gara kambing ‘tumpang’ tidur di bilik air dalam kediamannya.

“Ini adalah kisah paling jarang berlaku di dunia,” kata Jennifer Keathley sambil tertawa.

Menurut Jennifer, kambing jantan itu sebenarnya datang dari sebuah ladang yang terletak beberapa kilometer lalu memecahkan pintu kaca gelongsor dan memasuki rumah Jennifer di Sullivan, daerah Ashland.

Kambing itu mengejutkan anak lelaki Jennifer yang berusia 18 tahun ketika baru pulang dari sekolah.

Kejadian itu terus dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Dek kerana gagal mengumpan kambing yang diberi nama ‘Big Boy’ dengan lobak dan rumput, dua timbalan Syerif Daerah Ashland, terpaksa menarik kambing tersebut keluar dan memasukkannya ke dalam kurungan anjing.

Pemilik ‘Big Boy’ terus menghubungi Jennifer selepas wanita itu memuat naik posting tentang ‘kambing hilang’ di halaman komuniti menerusi Facebook.

Wanita berkenaan terpaksa meminta ganti rugi dengan pemilik ladang itu memandangkan polisi insurans kediaman  hanya membayar kerosakan yang disebabkan oleh beruang atau rusa.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca