Di saat seorang ibu sedang berjalan menikmati udara segar dan pemandangan cantik di Pulau St Simon di Geogia, Amerika Syarikat bersama dengan anak kecilnya, mereka dikejutkan dengan penemuan seekor ikan yang mempunyai gigi persis gigi manusia.

Menurut Maleah Burrows, ketika sedang berjalan bersama dengan anaknya itu, terdapat sesuatu yang menarik perhatiannya dari jauh.

“Pada mulanya, saya ingatkan ia sekadar ikan biasa, tapi saya masih menunjukkannya kepada anak saya yang berusia 3 tahun,” katanya.

“Bila semakin hampir, saya dapat melihat semua gigi ikan tersebut dan saya terkejut kerana tidak pernah melihat ikan seperti itu sebelum ini,” jelasnya.

Apa yang ditemui 2 beranak berkenaan merupakan bangkai ikan ‘sheepshead’ iaitu sejenis ikan yang menggunakan ‘gigi manusianya’ untuk menghancurkan udang, kerang dan ketam.

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda