Wanita Ini Terkejut Jumpa Jasad Kaku Anak Di Rumah Selepas Lebih 2 Hari

*Gambar hanya sekadar hiasan.

Seorang ibu yang berkunjung ke rumah anaknya pada malam Sabtu terkejut apabila menemui darah dagingnya itu dalam keadaan tidak bernyawa. Lebih menyedihkan, anak kesayangannya itu dipercayai telah meninggal dunia lebih dua hari.

Menurut laporan Astro Awani, wanita tersebut menemui jasad kaku mangsa sekitar jam 8 malam. Ketika itu, dia bersama dengan anak saudaranya pergi ke situ untuk menghantar bekalan makanan kepada mangsa.

Untuk rekod, mangsa yang berusia 57 tahun itu tinggal di sebuah rumah teres bertempat di Bandar Tasik Puteri dekat Rawang, Selangor.

Difahamkan, si ibu dan anak saudaranya masuk ke kediaman berkenaan dengan menggunakan kunci pendua sebelum menemui mangsa dalam keadaan tidak bernyawa di kerusi berhampiran dengan sebuah bilik yang terletak di tingkat atas.

Hasil pemeriksaan pihak polis tidak menemui sebarang kesan jenayah. Menurut pihak polis, mangsa dipercayai meninggal dunia dalam tempoh lebih 48 jam.

Jasad mangsa kemudiannya dibawah ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat. Buat masa ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sebelum ini, kami ada kongsikan kisah di mana seorang wanita hidup bersama dengan mendiang ibu selama lima hari gara-gara tidak tahu cara untuk menghubungi polis. Untuk baca artikel penuh dan artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca