Wanita Ini Terjun Di Laluan Kereta Api Selepas Ambil Nyawa 5 Anak

Lima beradik yang berusia antara satu dan lapan tahun ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa di sebuah pangsapuri yang bertempat di Cologne dan Dusseldorf, barat Jerman. Ibu kepada lima beradik ini disyaki menjadi penyebab kematian mereka.

Memetik laporan media antarabangsa, mangsa terdiri daripada tiga perempuan dan dua lelaki. Selepas mengambil nyawa mereka, suspek yang berusia 27 tahun itu kemudiannya cuba untuk mengambil nyawanya sendiri dengan melompat di hadapan kereta api yang sedang bergerak.

Dia bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh orang awam yang berada di situ. Difahamkan, suspek kini dimasukkan ke hospital selepas mengalami kecederaan parah.

Sumber: Global News

Dalam pada itu, punca kematian tragis lima beradik itu masih tidak dapat dipastikan. Motif si ibu berbuat demikian juga masih lagi dalam siasatan.

Seorang lagi anak suspek yang berusia 11 tahun dilaporkan terselemat dan kini berada di bawah jagaan saudara keluarga itu.

Sumber: NST

Jasad kaku kesemua mangsa ditemukan selepas nenek mereka yang tinggal kira-kira 60 kilometer dari lokasi kejadian memaklumkan kepada pihak polis mengenai insiden itu. Jurucakap polis iaitu Stefan Weiand mengatakan bahawa pegawai dan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian untuk siasatan lanjut.

Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca