Wanita Ini Temui Ajal Selepas Dibakar Bekas Suami Ketika Buat ‘Live’

Seorang vlogger terkenal dari China telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 30 tahun selepas dibakar oleh bekas suaminya ketika membuat siaran langsung di Douyin pada 14 September lalu.

Lamu mempunyai lebih daripada 800,000 pengikut di Douyin iaitu sebuah aplikasi video pendek terkenal di China. Beliau sering memuat naik video memaparkan kehidupan sehariannya mencari makanan di kawasan pergunungan dan memasak sambil memakai pakaian tradisional Tibet.

Bekas suami Lamu, Tang tidak boleh menerima kenyataan dirinya ditinggalkan dan telah memecah masuk rumah mangsa serta mencurah petrol kepada wanita berkenaan.

Lelaki itu kemudiannya membuat keputusan untuk membakar bekas isterinya sehingga pengikut siaran langsung berkenaan dapat mendengar suara jeritan mendiang dengan jelas sebelum skrin bertukar gelap.

Sumber: Mothership

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Awam Wilayah Sichuan untuk menerima rawatan lanjut. Doktor kemudiannya mengesahkan Lamu mengalami kesan lecur sehingga 90 peratus pada tubuhnya. Lamu bagaimanapun menemui ajal pada 30 September lalu selepas 16 hari bertarung nyawa untuk hidup selepas insiden tersebut.

Dalam pada itu, ini bukanlah kali pertama Tang menyerang Lamu kerana lelaki itu difahamkan mempunyai sejarah keganasan rumah tangga yang panjang. Bekas suami Lamu telah ditahan oleh pihak polis kerana disyaki mengambil nyawa wanita berkenaan dengan sengaja.

Hubungan Lamu dan Tang menemui titik noktah pada bulan Mei tahun ini selepas lebih 10 tahun melayari bahtera perkahwinan bersama. Hasil daripada perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki berusia tiga dan dua belas tahun.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca