Mayamin Husna Hisham mengesahkan dirinya adalah pemilik seekor kucing berwarna jingga yang menjadi bualan ramai dalam sebuah rakaman liputan berita baru-baru ini.
Mineski ataupun nama timangannya Neski mencuri perhatian orang ramai selepas liputan berita berjaya merakam dirinya dibawa lari oleh pemiliknya di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh.

“Saya sebenarnya berada dalam perjalanan ke rumah ibu saya di Sabak Bernam dari Kuala Lumpur bersama Mineski dan anak-anaknya.
Selepas salah satu kucing terbuang air besar dalam carrier, saya berhenti di R&R yang berdekatan untuk membersihkan carrier dan badan kucing-kucing lain yang terkena najis. Akhir sekali, saya cuci Neski,” ujarnya kepada Gempak.

Berbalik kepada liputan berita tular baru-baru ini yang memaparkan dirinya berlari-lari sambil mendukung Neski, Maya menjelaskan bahawa ia berlaku kerana dia mahu mengelak baju putihnya daripada kotor.
“Saya berlari kerana takut baju kotor. Pada masa yang sama, saya sedikit takut apabila melihat ramai pegawai polis dan anggota tentera di sana. Saya pun tidak sangka ada pihak wartawan TV3 membuat laporan di kawasan berkenaan pada masa itu,” jelasnya.
Sementara itu, Maya tidak menyangka rakaman liputan berkenaan akan menjadi bualan ramai sehingga ada yang berkata dirinya menculik kucing tersebut.
Tak yang tetiba ada akak baju putih berlari dukung kucing tu kenapa π @BuletinTV3 pic.twitter.com/w818k3FfdC
— Izzul (@Ijulnaim) June 13, 2020
Sementara itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet terhibur dengan kejadian tersebut termasuk bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq:
Oyen π©π©π© kenapa selalu macam tu https://t.co/cfydSdWmwK
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) June 13, 2020
SILA DENGAR PENJELASAN BELIAU TERLEBIH DAHULU pic.twitter.com/GwhHvsFE1i
— Carol Aird (@isstzander) June 13, 2020
beralun alun perot oyenππ pic.twitter.com/rizKd6mADr
— ΨΉΩ Ψ± (@iamnerves) June 13, 2020
Tengok tu! Mesti si oyenn juga yang buat hal.
— Pak Lang Izwan (@izwanshahmin) June 13, 2020
Catnapping in progress, pulis tido
— Jeevindra Kumar (@jeevindrakumar) June 13, 2020
Terjawab lah sudah misteri kakak baju putih dan Oyen semalam! pic.twitter.com/ypWoBxxGLK
— You (@pkckAm) June 14, 2020
Oyen bagi amaran kpd sesiapa yg gelakkan dia pic.twitter.com/3BWHhBQeUX
— ππππππ' (@frhnshahh) June 13, 2020
Itβs always oyen who make things become viral ππππ€¦π»ββοΈπ€¦π»ββοΈπ€¦π»ββοΈ
— Syiff (@SyffaAzlan) June 13, 2020
Apa-apa pun, Maya tidak menculik kucing itu seperti apa yang disangka oleh segelintir warganet. Maya dan keluarga Neski juga berjaya tiba dengan selamat ke rumah ibunya di Sabak Bernam, Selangor.
Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan kucing, anda boleh klik pada pautan di bawah: