Wanita Ini Sanggup Jalani Pembedahan Plastik Selama 6 Jam Untuk Kelihatan Seperti Meghan Markle

Setiap orang pasti mempunyai seseorang yang mereka jadikan idola. Selalunya, mereka yang dijadikan idola dikagumi berdasarkan beberapa aspek termasuklah rupa dan bakat.

Namun begitu, berbeza pula apabila seseorang itu obsesi dengan idola mereka sampaikan sanggup untuk lakukan apa sahaja untuk ‘bertukar’ menjadi individu tersebut.

Seorang wanita dari Houston, Amerika Syarikat terlampau obsesi dengan Meghan Markle sehinggakan dia sanggup menjalani pembedahan plastik semata-mata untuk kelihatan seperti Duchess of Sussex itu.

Menurut Tanya Ricardo, Meghan merupakan seorang wanita yang sangat anggun dan dia mahukan keanggunan itu ada pada dirinya.

“Saya mahu apa yang Meghan ada yang saya tak ada,” katanya.

Demi mendapatkan rupa Meghan, wanita berusia 30 tahun itu sanggup melakukan pembedahan selama enam jam di mana ia merangkumi liposuction di bahagian bawah dagu, perut, pinggul, dan juga pipi.

“Dia (Meghan) mempunyai potongan badan yang sangat cantik. Apa yang saya mahu adalah untuk mencapai perkara yang sama menerusi cara ini,” ujar Tanya.

Kos pembedahan itu dikhabarkan mencecah sehingga £23,000 (RM121,809).

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca