Wanita Ini Muntah Selama 12 Jam Selepas Kunyah Bangkai Tikus Dalam Makanan Dari Pasar Raya Terkemuka

Malang sememangnya tidak berbau dan ada di mana-mana sahaja. Itulah ungkapan paling sesuai untuk menggambarkan situasi ini di mana seorang pelanggan wanita menemui bangkai seekor tikus dalam pek makanan sedia untuk dimakan (ready meal) yang dibeli dari sebuah pasar raya terkemuka. Insiden ini dilaporkan berlaku di Durham, United Kingdom.

Sumber: Cath McCall Smith

Lebih malang lagi adalah apabila wanita yang dikenali sebagai Cath McCall Smith itu sedang menguyah makanan tersebut sebelum menyedari yang dia sebenarnya sedang ‘menikmati’ bangkai tikus.

Menurut wanita yang berusia 57 tahun itu, dia pada mulanya menyangka ia adalah tulang. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja melihat kembali ke dalam bekas makanan tersebut, ketulan yang disangkanya daging ayam itu sebenarnya merupakan bangkai tikus.

Sumber: Cath McCall Smith

Berang dengan apa yang menimpanya, Cath bertindak memuat naik beberapa foto memaparkan menu ‘istimewa’ itu di media sosial. Dalam foto-foto yang dimuat naiknya itu, kelihatan gigi, misai dan bulu pada ketulan daging yang dilitupi dengan sos.

Pada masa yang sama, Cath turut mengingatkan orang ramai agar tidak membeli pek makanan sedia untuk dimakan itu dari pasar raya tersebut pada kapsyen hantaran berkenaan.

Sumber: Cath McCall Smith

“Jangan beli pek makanan sedia untuk dimakan ini dari T****. Apa yang saya beli dan makan ini menyebabkan saya muntah selama 12 jam!” tulis Cath.

Dalam pada itu, pasar raya berkenaan ambil maklum tentang perkara tersebut dan mengatakan bahawa pihaknya kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung isu berkenaan.

Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca