Seorang wanita malang di India telah selamat menjalani pembedahan bagi mengeluarkan handle atau pemegang motosikal yang tersumbat dalam rahimnya.

Pada mudanya, wanita berusia 30 tahun itu mengadu sakit perut sebelum dia dimasukkan ke Hospital MY di negeri Madhya Pradesh pada Isnin lepas.

Doktor yang bertugas segera melakukan ujian imbasan ke atas wanita berkenaan. Apa yang dapat dilihat menerusi imbasan X-ray itu bukannya ketumbuhan ataupun batu karang tetapi satu objek asing yang dipercayai merupakan pemegang motosikal. Objek berkenaan tersumbat di antara usus kecil dan pundi kencing wanita tersebut.

Menurut laporan media tempatan, wanita tersebut diarahkan untuk menjalani pembedahan segera pada pagi Selasa lalu. Proses pembedahan itu mengambil masa kira-kira 4 jam dan sepasukan 19 doktor terlibat bagi mengeluarkan objek berkenaan.

Jurucakap hospital, Dr Sonia Moses mengatakan bahawa wanita terbabit memberitahu pemegang motosikal itu boleh ada dalam rahimnya selepas ia dimasukkan ke dalam kemaluannya secara paksa oleh suaminya yang mabuk.

Pada masa yang sama, lelaki berkenaan mengugutnya untuk tidak memberitahu sesiapa tentang perkara itu.

“Dia telah diugut untuk tidak menceritakan perkara itu kepada orang lain atau dia disakiti,” katanya.

“Objek itu telah berada di dalam rahimnya selama hampir 2 tahun dan sudah menjejaskan beberapa organ dalamannya,” tambahnya lagi.

“Rahimnya telah terjejas teruk dan harus dibuang, tetapi kami berjaya memulihkan pundi kencingnya,” kata Sonia.

Memandangkan rahimnya telah dibuang, wanita malang itu tidak mampu melahirkan anak lagi selepas ini.

Mangsa dipercayai masih ditempatkan di unit ICU tetapi dilaporkan telah sedarkan diri.

Pihak polis juga telah menahan suami mangsa yang bertindak seakan-akan haiwan itu.

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda
0
like
0
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry