Wanita Ini Membesar Di Bandar Paling Sejuk Di Dunia (-71°C/-96°F)

Seorang wanita telah berkongsi pengalamannya membesar di bandar paling sejuk di dunia, Yakutsk.

Yakutsk atau Yakutia dikatakan bandar atau penempatan manusia yang paling sejuk di dunia. Ia terletak di Republic of Sakha. Suhu di sana boleh mencecah sehingga -71 darjah celcius.

Pada suhu tersebut jika anda keluar terlalu lama daripada rumah tanpa memakai pakaian yang tebal ia boleh terus memberikan frostbyte pada jari jemari anda sehingga perlu dipotong.

Dalam satu video youtube oleh Kiun B pada dua minggu lepas, beliau berkongsi serba sedikit tentang pengalaman beliau sebagai warga kota yang membesar di sana.

Menurut beliau, untuk selamat dalam kesejukkan ekstrem tersebut orang di sana akan memakai baju jaket yang tebal dan berlapis-lapis.

Untuk kepala, mereka lebih memilih topi bulu berbanding yang kapas kerana kapas tidak cukup menghangatkan. Manakala kaki pula akan disarungkan but tinggi yang dibuat daripada kulit haiwan.

Tegas beliau lagi, disebabkan suhu yang teramat rendah di kawasan tersebut, adalah disarankan untuk menutup keseluruhan tubuh dengan pakaian kecuali mata.

Rambut dan kulit di muka juga boleh menjadi sasaran kepada kesejukkan ekstrem tersebut.

Orang Yakutsia memakai jaket tebal dan topi bulu.

Selain daripada pemakaian beliau juga berkongsi tentang suasana gerai-gerai di sana.

Terang beliau, suhu yang sejuk tidak menghalang orang untuk berniaga dan membeli. Gerai yang menjual bahan mentah biasanya akan tersedia ikan-ikan dan daging yang berada dalam keadaan beku sepenuhnya.

Yang mengejutkan tentang bahan-bahan ini, kata beliau, disebabkan di sana terlalu sejuk, warga kota kadang-kadang tidak memerlukan peti sejuk untuk menyimpan bahan mentah tersebut.

Ada sesetengah mereka hanya menggantungkan bahan tersebut di luar tingkap.

Bahan mentah yang digantungkan di luar.

Untuk berseronok pula orang di sana juga mempunyai aktiviti luar walaupun sejuk. Antanya adalah meluncur, memancing dan juga berenang dalam air kolam yang sejuk.

Jika anda berminat ingin mengetahui lebih banyak fakta menarik tentang tempat ini, beliau ada kongsikan banyak lagi info-info yang menarik dalam video yang lain di channel beliau, Kiun B.

Untuk membaca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca