Larikan Gelang Emas Bernilai Anggaran RM10 Ribu, Wanita Ini Berjaya Diberkas Polis

Pada 8 April lalu, seorang wanita yang berpura-pura ingin membeli barang kemas dipercayai telah melarikan diri dengan seutas gelang emas bernilai lebih kurang RM10 ribu dari sebuah kedai emas yang terletak di pekan Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Sumber: Youtube Harian Metro

Kejadian terbabit telah dibantu oleh seorang lelaki yang menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha NVX warna merah tanpa nombor pendaftaran.

Mereka bersama-sama melarikan diri seutas gelang emas yang mempunya berat sebanyak 36.76 gram.

Namun begitu pada pukul 11.30 malam tadi pihak polis berjaya menahan suspek tersebut yang berada di Pudu, Kuala Lumpur.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintendan Amran Mohd Gani mengesahkan bahawa suspek wanita berkenaan ditangkap bersama seorang lelaki yang dipercayai adalah kekasih wanita tersebut.

Pihak polis juga merampas sebuah motosikal, resit pajak gadai, pakaian, tiga buah telefon bimbit serta sejumlah wang tunai yang digunakan oleh suspek.

Menurut Amran lagi, kedua-dua suspek berumur 21 dan 24 tahun telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Pilah bagi permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Pihak polis masih dalam menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca