Wanita Ini Lahirkan 3 Orang Anak Pada Tarikh Yang Sama Dengan Jarak 3 Tahun

Seorang wanita yang dikenali sebagai Kristin Lammert dari Oviedo, Florida di Amerika Syarikat melahirkan tiga orang anak perempuan pada tarikh yang sama iaitu 25 Ogos dengan jarak tiga tahun.

Memetik laporan TODAY Parents, anak sulung Kristin iaitu Sophia lahir pada tahun 2015. Anak kedua Kristin iaitu Giuliana lahir pada tahun 2018 manakala anak bongsu beliau iaitu Mia lahir pada 2021.

Kristin berkata yang dia sebenarnya mengharapkan anak perempuannya yang ketiga turut lahir sekitar 25 Ogos tetapi Mia dijangka akan dilahirkan pada bulan September. Atas sebab itu, Kristin tidak menjangkakan bahawa semua anak perempuannya akan lahir pada tarikh yang sama.

Kristin telah dijangkiti COVID-19 ketika usia kandungannya memasuki 10 minggu jadi doktor perlu rawat wanita itu dengan lebih rapi. Doktor turut menjangka anak ketiganya itu mungkin akan lahir lebih awal dari bulan September.

“Doktor saya berkata Mia mungkin akan lahir dua minggu awal dan saya lihat kalendar pada waktu itu. Saya ingat saya pernah beritahu suami, ‘Nick, tarikh jangkaan kelahiran (due date) ialah 25 Ogos.’

Sumber: TODAY Parents

Pada masa itu, saya yakin bahawa anak ketiga kami akan lahir pada 25 Ogos sama seperti kakak-kakaknya,” ujar Kristin.

Untuk tahun ini, Kristin dan suaminya telah menyambut hari lahir Sophia dan Giuliana seminggu sebelum 25 Ogos. Sejurus selepas itu, Kristin terus dimasukkan ke hospital kerana dia mengalami sakit kepala dan buku lalinya sudah membengkak.

Menurut Kristin lagi, Sophia berasa teruja dan mula merancang parti-parti hari lahir mereka selepas itu selepas Giuliana dilahirkan tiga tahun lalu. Sophia juga kerap bertanya pendapat Giuliana ketika merancang tema parti ulang tahun kelahiran mereka.

Sumber: TODAY Parents

“Sophia rasa perkara ini istimewa. Sophia cukup suka yang dia berkongsi ulang tahun yang sama dengan adik-adiknya kerana dia mempunyai tiga sambutan ulang tahun kelahiran pada hari yang sama,” tambah Kristin.

Dalam pada itu, Kristin turut memastikan setiap seorang anak perempuannya menerima jumlah hadiah dan tetamu yang sama.

Kristin turut berkata, “Saya beli kek berbeza untuk anak-anak supaya mereka masing-masing mempunyai lilin untuk ditiup. Kami cuba menjadikan 25 Ogos sebagai hari yang istimewa untuk Sophia, Giuliana dan Mia walaupun mereka terpaksa berkongsi hari itu.”

Apa pendapat anda?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca