Wanita Ini Kongsi Tips Simpan Barang Basah Agar Ia Kekal Segar Walaupun Selepas 3 Minggu

Setiap kali hendak memasak sesuatu, kita pasti mahukan barang basah seperti ikan, ayam dan udang berada dalam keadaan segar supaya masakan pun jadi sedap. Barulah selera nak makan, betul tak?

Kadang-kadang, mereka yang bekerja ini tiada masa untuk membeli barang basah setiap kali hendak memasak. Selalunya, mereka yang gemar memasak ini akan membeli barang basah dalam kuantiti yang banyak. Tetapi, cara penyimpanan kenalah betul supaya stok barang basah ini kekal segar walaupun disimpan berminggu lamanya.

Jom ikuti perkongsian wanita ini yang dikenali sebagai Maryam Salleh di laman Facebooknya tentang cara untuk menyimpan barang basah agar ia kekal segar untuk 3 minggu lamanya:

Sebelum ini, saya pernah kongsikan tips simpan barang basah agar ia kekal segar dengan mengisikan air ke dalam bekas dan labelkan setiap bekas tersebut.

Kali ini, saya menggunakan cara yang berbeza di mana saya simpan barang basah ini tanpa mengisi air ke dalam bekas. Pada masa yang sama, saya tidak perlu melabelkan bekas-bekas tersebut kerana saya menggunakan bekas yang transparent.

Kita ini bukannya ada masa untuk pergi pasar raya hari-hari semata-mata untuk membeli barang basah. Cukuplah sekadar pergi sekali dan beli terus stok untuk 2 hingga 3 minggu. Ia bukan sahaja menjimatkan masa, malah anda dapat jimatkan wang dan juga tenaga. Lainlah mereka yang tinggal di kampung, hari-hari ada van penjaja ikan yang jual ikan segar.

Ini merupakan stok barang basah yang saya beli. Selepas dibersihkan, saya masukkannya ke dalam bekas. Setiap bekas itu saya anggarkan jumlah untuk sekali masak.

Tidak perlu masukkan air tapi anda cuma perlu letak hirisan lemon di dalam bekas tersebut.

Seterusnya, tutup bekas tersebut dengan penutupnya dan susun elok-elok di dalam peti sejuk bahagian atas. Apabila hendak masak, keluarkan sahaja dan letakkannya di dalam peti bahagian bawah untuk defrost.

Lemon itu pula jangan buang begitu sahaja. Sebaliknya, perah ke atas barang basah tadi sebelum memasak. Dengan ini, barang basah itu akan menjadi manis dan segar.

Pada masa yang sama, dengan menyimpan barang basah ke dalam bekas tertutup ini juga dapat menghindarkan peti ais anda daripada berbau. Malah, peti ais akan nampak lebih kemas dan tersusun.

Cuba jangan tak cuba! Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca