Wanita Ini Kongsi Cara Putihkan Kembali Baju Sekolah Anak Hanya Dengan Guna Sabun Biasa

Tidak lama lagi, anak-anak akan kembali ke sekolah selepas lebih tiga bulan bercuti gara-gara pandemik COVID-19. Pengumuman tentang pembukaan sekolah baru-baru ini sudah pasti membuatkan semua ibu mula sibuk memastikan baju sekolah anak masing-masing tersedia.

Apabila lama tersimpan, kebiasaannya baju sekolah yang putih akan bertukar menjadi kekuningan. Jika anda menghadapi situasi ini, mungkin anda boleh ikut cara wanita yang dikenali sebagai Zakiah Hassan ini untuk mencuci baju sekolah anak supaya ia kelihatan seperti baharu.

Perkongsian di laman Facebook ini telah menarik perhatian ramai di mana ia mencatat lebih 2,000 komen dan 5,000 perkongsian oleh pengguna laman sosial berkenaan.

Berikut kami kongsikan cara-cara mencuci baju sekolah agar ia kembali putih:

Bahan-bahannya:

  • Sabun A1 (beli di kedai Eco) atau
  • Sabun jenama Kapak/Buruh (ada dijual di Mydin) atau
  • Sabun jenama Kilat (ada dijual di NSK)

Cara-caranya:

1. Masukkan baju sekolah ke dalam mesin basuh

2. Masukkan sabun basuh yang biasa digunakan

Sumber: Facebook Zakiah Hassan

3. Tetapkan mod speedy soak pada mesin (bergantung pada jenis mesin basuh yang digunakan)

4. Masukkan air

5. Potong atau sagat suku sabun A1 dan masukkan ke dalam mesin basuh

Sumber: Facebook Zakiah Hassan

6. Tenyehkan sabun A1 di leher baju kemeja, hujung lengan, poket atau pada bahagian yang berdaki/ada kotoran

Sumber: Facebook Zakiah Hassan

7. Kemudian, masukkan baju sekolah ke dalam mesin

8. Tutupkan mesin basuh dan biarkan sehingga selesai proses mencuci

9. Sidai baju seperti biasa

Siap!

Sumber: Facebook Zakiah Hassan

Dengan mengikuti cara-cara di atas, baju sekolah yang tadi kuning pasti akan kembali putih seperti baharu. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca