Wanita Ini Hanya Ada 6 Bulan Untuk Hidup Selepas Implan Payudara Pecah

Seorang wanita di Arkansas, Amerika Syarikat (AS) diberi masa enam bulan untuk meneruskan hidup selepas implan payudaranya yang bernilai £8,000 (kira-kira RM43,738) pecah.

Wanita yang dikenali sebagai Shannon Plemons itu membesarkan payudaranya daripada saiz B ke saiz D dengan alasan ingin tampil lebih yakin. Namun begitu, siapa sangka impan yang digunakan pada payudara itu hampir meragut nyawanya.

“Semasa melakukannya, saya tidak diberitahu risiko bakal saya hadapi dan tidak maklum bahawa implan ini penuh racun,” kata wanita berusia 42 tahun itu.

Menurut Shannon, selepas enam bulan menjalani pembedahan implan, dia berasa sakit sendi yang kronik, migrain, rambut gugur di samping penglihatan dan pendengarannya juga terjejas.

“Rasa sakit itu sangat menyakitkan, saya berjuang untuk bangun dari tempat tidur tetapi tidak kuat. Saya fikir mati sahaja,” katanya.

Sebaik sahaja menerima rawatan kecemasan di hospital berbeza, doktor mengatakan bahawa sekiranya dia lewat menjalani pembedahan, dia hanya mempunyai enam bulan sahaja untuk hidup.

“Doktor memberitahu implan di payudara kiri telah pecah. Jika tidak dibuang, saya boleh meninggal dunia,” cerita Shannon.

“Nasib baik doktor dapat membuangnya dan saya berasa seperti hidup semula,” tambahnya lagi.

Buat masa ini, ibu kepada seorang anak berusia 15 tahun itu terpaksa bergantung dengan ubat setiap hari kerana badannya dipenuhi toksin.

Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca