Wanita Ini Hamil Hanya Selama Satu Jam Dan Lahirkan Bayi Secara Tiba-Tiba?

Pernah tular di media sosial mengenai seorang wanita yang mendakwa dirinya telah hamil selama satu jam sebelum melahirkan bayi secara tiba-tiba.

Tambahan pula, wanita yang berasal dari Indonesia itu menyatakan bahawa beliau merasakan seperti ada sesuatu memasuki ke dalam rahimnya sebelum perutnya tiba-tiba menjadi besar.

Walau bagaimanapun, segalanya terbongkar selepas anggota polis dapat membuktikan bahawa wanita tersebut sebenarnya dihamilkan oleh seorang lelaki.

Menurut laporan Tribun News, wanita yang dikenali dengan nama Siti Zainah merupakan seorang janda yang mendakwa dirinya langsung tidak tahu tentang kehamilan tersebut sehinggalah bayi dilahirkan.

Kejadian tersebut telah menjadi topik perbualan rakyat Indonesia dan pihak polis menganggap perkara itu tidak masuk akal.

Sehubungan itu, pihak berkuasa menjalankan siasatan menerusi pengumpulan maklumat status perkahwinan terdahulu Zainah.

Difahamkan beliau baru sahaja bercerai empat bulan lalu dan pihak polis mendakwa bahawa bayi itu adalah hasil dari hubungan Zainah bersama bekas suaminya.

Sumber: Tribun News

Pihak polis kini sedang menjejaki keberadaan bekas suami Siti Zainah yang didakwa bapa kandung kepada bayi perempuan berkenaan.

Terdahulu, Siti Zainah ada membuat perkongsian di media sosial tentang detik-detik menjelang kelahiran bayinya itu.

“Beberapa jam sebelum melahirkan saya berasa seperti ada yang masuk ke dalam rahim saya dan terasa sakit.

Setelah itu, selama 15 minit perut saya tiba-tiba buncit dan membesar.¬†Selang dua minit, perut saya kembali rata dan akhirnya saya sakit perut lalu melahirkan bayi yang berjantina perempuan.” katanya.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca