Wanita Ini Dikejutkan Dengan Kelahiran Anak Lembu Berkepala Dua

Seorang wanita dikejutkan dengan penemuan seekor anak lembu berkepala dua yang dilahirkan di ladang milik keluarganya di Montana Amerika Syarikat.

Menurut Heather Herman, haiwan unik itu ditemuinya ketika dia sedang melakukan pemeriksaan harian di ladang tersebut. Ketika itu, dia mendapati ada seekor lembu betina mengasingkan diri daripada lembu-lembu yang lain dan dia bertindak mendekati haiwan tersebut.

Sebaik sahaja dia mendekati lembu betina itu, dia mendapati haiwan itu baru sahaja melahirkan anak. Namun begitu, ada sesuatu yang tidak kena dengan ‘cucunya’ itu.

“Anak lembu itu baring di sebelah ibunya tetapi saya dapati ada sesuatu yang tidak kena. Perasaan saya bercampur baur ketika saya menyedari ada sesuatu yang pelik,” katanya.

“Anda tidak mahu kehilangan seekor anak lembu atau mempunyai seekor haiwan yang sakit. Sejujurnya saya tidak mahu melihatnya apabila saya mendekatinya,” ujarnya lagi.

Herman mendapati anak lembu tersebut mempunyai dua kepala. Namun begitu, ia ditemui dalam keadaan tidak bernyawa.

“Kesihatan lembu betina itu tidak terjejas. Namun anak lembu itu mati sebaik sahaja dilahirkan,” katanya.

Menurut Herman, ini bukan kali pertama anak lembu berkepala dua dilahirkan di situ. Sebelum ini, insiden yang sama telah berlaku di ladang milik keluarganya itu.

“Ketika berborak dengan nenek saya, dia pernah melihat kelahiran pelik itu sebelum ini,” katanya.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca