Wanita Ini Dakwa Dirinya Hamil Hanya Satu Jam Sebelum Bersalin

*Gambar di atas hanya sekadar hiasan.

Seorang wanita di Indonesia ini menjadi bualan ramai selepas mendakwa dirinya hanya hamil selama satu jam sebelum melahirkan seorang bayi.

Heni Nuraeni mendakwa ia merupakan keajaiban Tuhan yang mengurniakannya seorang bayi lelaki dalam tempoh satu jam sebelum bersalin.

Wanita dari bandar Tasikmalaya di Jawa Barat ini berkata kepada pemberita, “Pada mulanya, saya berada di rumah dan tiada apa-apa yang pelik berlaku pada waktu itu.

Sumber: Mirror

Walau bagaimanapun, saya kemudiannya berasa sesuatu bergerak di bahagian kanan perut. Saya mengalami kekejangan dan kami memanggil bidan dalam tempoh 60 minit. Saya pun melahirkan bayi ini pada waktu itu,” jelasnya.

Wanita berusia 28 tahun itu mempunyai dua anak sebelum ini. Heni mendakwa tidak menyedari kehadiran bayi di dalam perutnya sebelum ini kerana dia mengalami proses ‘datang bulan’ seperti biasa sejak sembilan bulan lalu.

Gambar di atas hanya sekadar hiasan

Selepas dakwaan berkenaan menjadi tular di media sosial, seorang pakar obstetrik di Hospital Hasan Sadikin Bandung iaitu Dr. Ruswana Anwar berkata para wanita kadang-kadang tidak menyedari mereka sedang berbadan dua.

Dr. Ruswana turut berkata bahawa berat badan wanita berkenaan mungkin bertambah menyebabkan dia tidak sedar dirinya berbadan dua.

Walau bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa ia merupakan satu perkara yang mustahil untuk melahirkan setelah berbadan dua selama satu jam sahaja.

Menurut doktor itu lagi, alasan yang diberikan Heni bahawa dia masih mengalami haid tidak mungkin berlaku tetapi ia boleh terjadi kerana ketidakseimbangan hormon dalam kehamilan.

Pada pendapat anda, adakah dakwaan Heni itu benar-benar berlaku ataupun sebaliknya?

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan kejadian luar biasa, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca